Sunday, September 21, 2008

surat cinta

surat cinta


hmm...pernah tak dapat surat cinta dari secret admirer?tepuk dada tanya otak,ada ke tak?kalau bukan surat cinta,sms ke,email ke bak kata orang zaman dah maju,mana pakai surat lagi..


apa pun bentuknya,kalau kita dapat,apa yang kita buat?sure kita akan jaga elok2,baca setiap hari,ke mana saja sure kita ingat/teringin nak baca surat tu.dan bila kita baca,sure kita akan ingat dekat orang tu kan?=P itu adalah fitrah semulajadi orang yang bercinta rasanya!


bila kita fikir balik,siapakah orang yang paling memahami kita?ibu bapa?gewe(bahasa kelantan=buah hati)?sebenarnya Allah paling memahami kita.Dia sangat mencintai dan menyayangi hamba-hambanya,justeru diturunkan "surat cinta" kepada hamba-hambanya dalam bentuk al-Quran.tapi,apa yang kita buat dengan surat cinta Allah itu?mungkin bukan kita tapi segelintir yang lain,meletakkan al-Quran di atas almari dengan alasan supaya tidak dipijak dan sebagainya,namun akhirnya Quran itu hanya bermandikan habuk dan debu sahaja.Tepuk dada tanya hati berapa kali kita baca surat cinta Allah?Adakah kita memahami dan mengamalkan apa yang dikarang Allah?


"sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi serta pertikaian malam dan siang menjadi tanda bagi orang-orang yang berakal.iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri,duduk dan berbaring,dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi sambil berkata'Ya Tuhan kami,tidaklah Engkau jadikan ini dengan sia-sia,Maha Suci Engkau,maka perliharalah kami dari seksa neraka"



al-imran:190-191

telah banyak siang dan malam yang berlalu,tapi adakah kita pernah gunakan masa yang lalu untuk mengingati Allah?Mungkin ada di antara kita.Tetapi berapa banyak kah kita?Surat cinta Allah bukan hanya pada al-Quran,tetapi juga pada penciptaan langit dan bumi,penciptaan siang dan malam,matahari dan bulan dan sebagainya.Segala ciptaan Allah akan membuatkan kita tunduk,rasa rendah diri,hina,malu pada Allah atas segala kesalahan kita.Pernahkah kita terfikir macam mana langit boleh berdiri dengan sendirinya?manakah tiang yang menyokongnya?kalau bumbung berdiri tanpa tiang,alamatnya bakal robohla rumah itu.tetapi langit tidak roboh,langit terus berdiri utuh pada paksinya.bayangkan jika langit roboh,maka kiamat akan menjelma.Pernahkan kita terfikir akan segala ciptaanNya?Allah tidak akan menciptakannya tanpa sebab selain sebab utama untuk kita sentiasa beriman dan taat kepadanya.



justeru,baki ramadhan ini jangan kita berputus asa untuk membaca al-quran.memang tidak dinafikan penat berkelas puasa dan sebagainya,tapi usai bacaan al-quran kepanatan itu hilang sama sekali dan ketenangan yang diperolehi =P


p:s/ringkasan daripada episode ESQ 'surat cinta'





surat cinta part 1

=P part 2 and part 3 tengok dekat youtube ye

Saturday, September 20, 2008

Acute Post-Streptococcal Glomerulonephritis

Acute Post-Streptococcal Glomerulonephritis


Penyakit ini selalunya berlaku pada kanank-kanak dan kebanyakannya adalah lelaki. Patient yang mengalami penyakit ini selalunya pernah mengalami sakit tekak ataupun ada dermatitis at least 2 weeks before this disease occur.

Common bacteria yang menyebabkan penyakit ini ialah Group A Beta Hemolytic Streptoccoci.Apabila bacteria ini berada di dalam badan,seperti biasa antibody akan terbentuk dan akhirnya membentuk antigen-antibody complex.These complexes being trapped dekat glomerulus.Apabila ini belaku,complement akan diaktifkan dan menyebabkan acute inflammatory reaction berlaku.Selain itu,proliferation of glomerular cell berlaku.Selain itu,activation of complement juga menyebabkan capillary basement membrane thickening.Segala perubahan yang berlaku pada bahagian glomerulus akhirnya membawa kepada nephiritic syndrome.



Nephritic syndrome is characterized by

  • Oliguria
  • Hypertension
  • Proteinuria <>
  • Edema
  • Azotemia
  • Hematuria

Mnemonic yang dibuat oleh my study group members: OH PEAH!

p/s: tetiba Peah popular sebentar =P


thanks to nisa for the trigger!

tak sabarnya nak balik!

few days to go!!!


aiy0ooo...so many things in my mind..

i want to eat,eat and eat!

  1. soto
  2. nasi ayam
  3. nasi daging
  4. laksa penang
  5. cheese cake
  6. puding teriffle
argh....sedapnya~~~~

lambat lagi nak balik :(

Friday, September 19, 2008

diagnosis please!

bila patient datang complain of having epigastric pain,what is the diagnosis?in abdomen,epigastric pain arise from the organ that originate from the foregut,which are, esophagus,stomach,1st and 2nd part of duodenum,liver,gallbadder and might be pancreas..but before we focus on the abdomen,we must sure that the pain is not originate from the heart or the lung.there fore ask about the nature of the pain,sharping,crunching=heart,SOB=lung

ok,then camna nak tgk organ mana yang bermasalah dengan epigastric pain?ask la the nature of pain,kalau gallbladder,might be colicky if ada obstruction,stomach and esophagus=dull and burning,pancreas,radiate to the back,liver=jaundice,hepatomegaly etc..

on further questing,besides epigastric pain,patient also complained that it is worsen at night and relieve by milk or food.then u know,it might be from the stomach coz esophagus prob is worsen with food..

problem in stomach,inflammation,ulcer and also tumor..so buat la endoscopy untuk tentukan

hahahahaha,rasanya itu kut how to approach peptic ulcer~~~

Thursday, September 18, 2008

sabar itu ada hadnya!

ingatkan plan berjalan seperti yang dirancang!awak,faham tak,orang lain pun sibuk hal lain,penat saya dan yang lain pk macam mana nak setelkan senang2 je awak ubah ikut hati awak!

faham tak kami suma berjaga malam,bangun awal,pening-pening pk pasal kerja awak,then tetiba awak nak batalkan and proceed with my task!awak ingat kami tak de benda lain ke nak fikir?saya tak pernah marah and geram kat orang sampai macam ni,sampai i need people to talk,and nangis2 at them!

awak tahu tak ada sahabat kita dekat rumah,balik awal-awal pagi nak siapkan kerja awak.

saya tahu awak ada amanah yang perlu ditugaskan,tapi amanah awak pada kami macam mana?

saya tahu bulan puasa kena banyak sabar,tapi saya dah cukup bersabar dengan awak!saya dah tak larat nak bersabar,bukan saya,tapi kami!

hmmm,ok nak jadi baik balik,dh cukup lepaskan geram =P

apa ada dengan 18 sept

apa ada dengan 18 sept?

  • good luck kepada kak muna yang akan berexam~~akak,jangan tensen,and saya tunggu akak untuk belanja makan nanti!sayang kamu sangat-sangat!rindu masa kita habiskan together tengok house dulu =P

  • good luck untuk muni and ckb yang sedang mengambil test kereta~~moga-moga lulus,so bertambahlah list pemandu kereta manual =P

  • awak!happy birthday~~sorry,could not pick up ur phone last night!keadaan tak mengizinkan~~

  • and study group yang sangat memeningkan!

  • makcik syira yang dirindui!!call me during raya please.wanna show u ketupat rendang malaysia,kejam tak?i really miss u la makcik.wan to talk with you,tapi masing-masing bz sampai kaki tak cecah bumi ;(

  • berbuka dekat masjid hari ni available~~yah0ooo...=P

makcik yang dirindui :(


good luck akak!


Wednesday, September 17, 2008

alhamdulillah~~

"dan mungkin kamu benci akan sesuatu,sedangkan ia lebih baik bagimu,dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu sedangkan ia mudarat kepadamu dan Allah mengetahui,tetapi kamu tidak ketahui"
albaqarah:216
ase belanja Noodle station tapi gayu nyibuk je=P


ase,im very proud of you!only Allah know how happy i am~Ya Allah,syukurnya,ase,berkat awak bersabar atas dugaan yang lalu,kejayaan yang manis di hadapan awak sekarang!teruskan usaha,and dapatkan yang lebih baik!


colour version lagi cantik =P



"perut hampa lagi besaq dari perut ena,kuat makan betul!"

Tuesday, September 16, 2008

pelvic inflammatory disease




ini suma hanis harlida punya pasal.kalau dia tak naikkan soalan ni,mesti aku tak terpk,hormon boleh menyebabkan PID tak?then aku goreng makcik ni berdasarkan logical thinking aku yg semakin tak betul.dengan yakin aku cakap,boleh.yela kalau progesteron tinggi,sure mucus bertambah tebal,nanti susah la infectious agent serang the upper genitalia part,so takde infection~~tapi bila recheck balik,tak pernah come cross pun pasal hormonal factor~~so someone,please correct my thinking,so that aku takkan rasa bersalah atas ajaran mak pin kepada si nenek hanis ini~~

pelvic inflammatory disease(PID)
bila bercakap pasal PID,organ yang terlibat ialah cervix,uterus,Fallopian tiub and ovary.dalam kata lain,upper genital tract.
macam mana boleh dapat PID?
bila sebut pasal inflammation,selalunya ada kaitan dengan infection.infection dekat these organ akan menyebabkan PID.tapi sapa yang bagi infection?infection ni berlaku disebabkan ascending infection from endogenous normal flora dekat lower genital tract ataupun sexual trasmitted infection.
ok,bila inflammation tu dah berlaku,mula-mula dekat cervix,pastu endometrium and lastly dekat Fallopian tube.Bila jadi dekat kawasan sini,inflammatory cells akan invade sampai submucosa layer,and akan cause pus exudate dekat dalah tube.bila jadi cmni,nanti akan ada tubal adhesion.plus,inflammatory cells akan terus invade sampai serosa layer..lama-lama akan ada peritubular adhesion, dan banyak lagi la...


complications of PID


dan yang penting bila org tu dah dapat PID,signs and symptoms dia adalah:
  • fever
  • lower abdominal pain
  • abnormal vaginal discharge
  • irregular menses
  • cervix tenderness(bimanual examination)

bimanual examination

kenapa kita perlu risau akan PID?

sebab bila dapat PID,let say kalau dia dah rosakkan banyak tissue,nanti akan menyebabkan uterus kita rosak,kena buang uterus(hysterectomy) pastu nanti bila takde uterus cmna nak mengandung.takke mandul nanti.selain tu,sebab ada adhesion byk sangat,nanti boleh dapat ectopic pregnancy.and perempuan tu akan experience pelvic pain!!!wah~~~sakitnya..

p/s:pelik la block o&G,asyik belajar pasal perempuan je,lelaki takde masalah ke?patut la banyak pakar sakit puan,sikit je pakar sakit tuan,kalau ada byk sure depa jobless~~

rujukan:http://www.afraidtoask.com/STD/pid.html

sekadar revision

Pregnancy Induced Hypertension

  • hypertension
  • occur at >20 weeks of gestation
  • at 2 separate occasion
Pre- Eclampsia

hypertension + 350mg proteinuria in 24 hours

Chronic Hypertension

  • hypertension that occur before pregnancy
  • if patient tak pernah buat booking,and on the antenatal check up,BP tinggi
Gestational Diabetes Mellitus
  • occur during pregnancy
  • positive result on MOGTT
  • the blood glucose is >8mmol/L
inidication for MOGTT
  • obesity( measure the weight gain <>
  • glycosuria for 2 times
  • hx of intrauterine death
  • hx of abnormal baby
  • family history of diabetes
  • hx of macrosomic baby(big baby)
show
mucous staining blood due to separation of the membrane from uterine wall

adequate fetal movement
adequate when the fetal movement is detected more than 10 in 12 hours

indication of down syndrome test
  • mother's age >40 years old
  • previous down syndrome baby
  • wrongly told
menses

normal range
  • 2-12 days
  • volume:30-80 ml
normal menstrual cycle
  • 21-35 days
polymenorrhoea
  • increase no of menstrual cycle more than usual in a year
  • usually woman will experience 12 cycles only per year
oligomenorrhoea
  • less cycle in one year
  • occure in athletes due to the stress and excessive exercise~~

p/s:points yang sempat dicatat semasa clincal teaching baru-baru ni =P

Monday, September 15, 2008



semasa clinical teaching,terdapat seorang wanita mengerang kesakitan untuk bersalin.dan tiba-tiba terfikir,ibu itu nak tak nak dia kena juga menghadapi kesakitan untuk bersalin.orang cakap sakit bersalin adalah tahap kedua lepas sakit sebab nyawa ditarik malaikat maut.hmm..entah betul entah tak.walau apa pun,pengajaran tetap diambil.bertapa pedih dan sakitnya untuk beranak,pedih dan sakit lagi la azab kubur dan neraka yang bakal menanti kita.Ya Allah takutnya!!semoga diri sentiasa menjauhi perkara-perkara yang mungkar dan berusaha untuk membuat kebaikan.dan dilindungi dari siksaan kubur dan api neraka~~


apabila fikir dari bahagian positif,nak tak nak si ibu perlu menghadapi sakit untuk bersalin itu.mana boleh tetiba sakit,pastu nak lari dari sakit tu.itu cabaran hidup untuk seorang ibu mengandung.Kalau dia dah tak tahan dengan kesakitan dan berputus asa dan akan lead ke prolonged labour,sudah terang lagi bersuluh,mati mungkin menantinya!rasanya sama juga dengan segala tanggungjawab yang diberikan kepada kita.sama ada dari segi pelajaran,aktiviti berpersatuan dan sebagainya.setiap tugas pasti ada cabaran tersendiri.itu amanah yang diberikan kepada kita.Jangan sekali-kali kita angkat kaki dari amanah yang diberikan kerana berputus asa,kerana tidak tahan dengan bebanan tugas yang diberikan.orang yang berputus asa adalah ciri orang kafir(ayat apa dalam al-quran,tak ingat pulak)


Nikmat Allah sangat banyak.Orang nak beranak pun terselit satu sifat motivasi iaitu tidak mudah berputus asa.Sebenarnya,banyak lagi nikmat yang diberikan Allah yang menunjukkan sifat Allah.tapi manusia jarang berfikir.hmmm..sama-sama muhasabah diri
=P


selamat berpuasa~~~


Saturday, September 13, 2008

irregular menses and thyroid hormone

menses and thyroid hormone
both hypo and hyperthyroidism case irregular menses.but how?
hypothyroidism
  • thyroid hormone is anti prolactin effect.
  • low thyroid hormone will increase the prolactin secretion.
  • the high prolactin will inhibit release of FSH and LH by the anterior pituitary gland.
  • This will cause no follicular cell development and lead to irregular menstrual cycle

hyperthyroidism

  • increase thyroid hormone will alter the androgen metabolism.
  • this will increase conversation of androgen to estrogen
  • high estrogen level will inhibit secretion of FSH and LH
  • lead to irregular menstrual cycle

different explaination but same result!

Friday, September 12, 2008

penyusuan bayi

penyusuan bayi

"dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"
albaqarah:233





Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak dari hari pertama mereka dilahirkan.Banyak kajian membuktikkan kelebihan susu ibu berbanding susu formula.Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.

Kelebihan susu ibu

Kolostrum adalah susu berwarna kuning yang dihasilkan oleh ibu.Kolustrum mempunyai kandungan protein yang tinggi tetapi kandungan gula dan lemak yang rendah.Bayi memerlukan kandungan protein yang tinggi untuk membantu proses tumbesaran.Selain itu,immunoglobulin (Ig)A (sejenis antibodi) dalam kolustrum memainkan peranan penting in protection against the infection.Untuk pengetahuan umum,sistem pertahanan bayi adalah sangat lemah dan sumer antibodi utama bayi adalah daripada susu ibu yang turut mengandungi IgM,IgG ,lactoferrin,macrophages,complement dan lysozymes yang memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan bayi.
Walaupun susu ibu mengandungi kandungan kandungan lemak dan gula yang rendah,namun begitu jumlah yang diperlukan oleh bayi adalah mencukupi.Susu ibu mempunyai kandungan iron yang rendah daripada susu lembu,tapi iron daripada susu ibu ini lebih mudah diserap oleh badan jika dibandingkan dengan susu lembu.

Physiology of lactation

ketika mengandung,hormon prolactin,estrogen dan progesteron memainkan peranan yang penting.Contohnya,progesteron dan estrogen terlibat dalam pembesaran buah dada(sebab tu orang mengandung akan ada breast enlargement) dan prolactin dah start membantu penghasilan susu ibu.Tapi susu yang dihasilkan tidak dapat dirembeskan sebabestrogen menghalang tindakan itu berlaku.tapi bila dah beranak,estrogen dan progesteron dah berkurang,maka susu ibu boleh dirembeskan.Tapi siapa yang membantu rembesan susu ibu?Oxytocin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh posterior pituitary gland.hormon ni la penting.Macam mana oxytocin dirembeskan?Melalui milk-ejection reflex.Occur when initiated by suckling,posterior pituitary gland akan releasekan oxytocin.oxytocin akan menyebabkan contraction of myoepithelial cell surround the alveoli and the lactiferous duct(sel-sel yang terdapat disekeliling breast) so akan menyebabkan expulsion of milk berlaku.

selain membantu penyusuan bayi,oxytocin juga akan mengecilkan uterus(rahim) yang membesar akibat mengandung.Lagi banyak oxytocin dihasilkan,lagi cepatlah uterus tu mengecil dan kembali kepada keadaan asalnya.Plus,apabila menyusu,hormon prolactin yang banyak akan merencat hormon FSH dan LH,maka ovulasi tidak berlaku.so bila takde ovulasi,takdela telur wanita yang dihasilkan,dan tak payahla nak beranak sepanjang tempoh itu.Jarak anak yang baik ialah 2 tahun,dan 2 tahun adalah tempoh yang digalakkan oleh Islam supaya menyusukan bayi.Hmm,natural family planning kan.Tak payah beli apa-apa ubat or etc untuk family planning.

Kenapa ramai wanita tak nak menyusukan bayi?


ada beberapa sebab wanita tidak suka atau berputus asa untuk menyusukan bayi.


  • kesibukan wanita bekerja

  • breast akan ada crackle akibat penyusan bayi

  • susu tidak mencukupi.

itu semua masalah-masalah yang dihadapi.Sebenarnya,masalah itu berlaku disebabkan oleh teknik penyusuan yang salah.Apabila meletakkan bayi pada kedudukan yang betul,crackle tidak akan berlaku.Dan Prolactin akan sentiasa bertambah sekiranya aktiviti penyusuan berlaku secara berterusan.Dan penyusuan hendaklah melibatkan kedua-dua bahagian breast.Untuk wanita berkerja,sebenarnya ada cara-cara yang tertentu untuk menyusukan bayi.Susu bayi sangat tahan dan disimpan di dalam peti sejuk.Apabila hendak digunakan,panaskan pada suhu yang sesuai dan akhirnya ready untuk bayi.

boleh rujuk website ini:



Thursday, September 11, 2008

sekadar muhasabah diri

muhasabah diri

Semalam adalah hari yang sangat memenatkan.Setelah penat menunggu di labour room untuk melihat live spontaneous vaginal delivery dan akhirnya alhamdulillah,Allah memberikan peluang untuk melihat sendiri kesakitan ibu melahirkan anak,walaupun tak pernah rasa,bak kata orang berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul~~(aiy0oo ada kaitan ka ainaa?)Perasaan cemburu sangat membuak-buak apabila mendengar cerita sahabat-sahabat yang lain yg telah pun melihat Caeseran operation.Yup,saya sangat jeles dengan mereka sehingga terbawa-bawa dalam mimpi.And in my mimpi,that operation just occur in front of my room,tipu la wei,mana ada operation dalam keadaan tak sterile =(.Tapi aiman cakap cemburu sebab pelajaran takpa~~





macam baby betul je



Ok,semalam memang sangat penat sehingga selepas terawikh,aku telah syahid di katil ku sendiri.Sedih tu Allah je yang tahu,plan nak bangun pukul 3,bajet nak belajar time tu,tapi disebabkan diri ini lemah melawan nafsu tidur,akhirnya pukul 430 baru terjaga.Memang sangat menyesal.Tapi bila fikir dari sudut positif,at least aku bangun awal dari hari-hari sebelumnya.At least,aku ada kesempatan untuk bersahur dan sedikit masa untuk belajar walaupun tidak banyak.Ya Allah,kenapala manusia selalu menyesal akan apa yg dia tak dapat,tapi tak pernah bersyukur dengan nikmat yang dia terima.

Jazimah cakap,baik bersyukur dengan nikmat nyawa yang Allah bagi bila kita bangun pada hari seterusnya.Ada orang yang mungkin tidur sampai tak bangun-bangun langsung.Dan kita seharusnya bersyukur kerana masih bangun sebagai seorang Islam,seorang yang mampu menunaikan ibadah pada bulan puasa ini.Bersyukur untuk itu Aina!Tapi umat Islam termasuk diri sendiri ini pelik,mungkin sebab dah terpedaya dengan keseronokkan dunia kut.so selalu rasa menyesal pada benda yang remeh temeh



alhamdulillah,the baby already born!



Bak kata farah marzuki”Ramadan adalah bulan yang tidak diminati orang di dunia,tapi orang di dalam kubur sangat menanti-nantikan bulan ini”.And Aiman mardhiyah cakap,kita selalu menyesal bila kita kehilangan sesuatu benda,tapi bila kita ada benda tu kita tak pernah nak hargai.Munirah pernah cakap,pernah tak suatu hari,Allah izinkan kita bangun awal,boleh je nak buat solat tahajuh etc,tapi kita sambung tidur.Tapi next day bila kita azam kita nak berubah,Allah mentakdirkan untuk kita tak bangun ataupun kita tak berkesempatan untuk solat.Perasaan menyesal memang sangatlah ada pada waktu itu,tapi kita tak pernah nak mengambil pengajaran,tapi kita buat benda yang sama pada masa akan datang.Bukan untuk bertazkira kepada orang,tetapi sekadar untuk mengingatkan pada diri sendiri.

p/s:tahun ini merupakan tahun paling mencabar untuk syira and me!go syira!!!!!!and go go to my study group mate juga~~~~

saya sangat sayang kamu suma!

Wednesday, September 10, 2008

macam mana perasaan bila kita nak express apa yg kita nak/dapat tapi takda orang nak dengar and response?owh,sedihnya!macam cakap dengan dinding je =(

takpa,sabar!

Tuesday, September 9, 2008

bersabarlah~~

bersabarlah~~
aina,kenapa sedey sangat ni?benda kecik jela~~tapi apsal depress sgt?rasa nak nangis marah dengan diri sendiri ja!!!!!!!!!!!!!!!!geramnya tahap dewa(bak kata azizi). aiy0oo,aina sabar la!
ok,thanks kepada people yang baca my blog,alhamdulillah ada juga positive comments regarding my posts.harap-harap dapat membantu sahabat-sahabat yang membacanya.doakan kami berjaya dalam menghadapi Pro 2 yang sangat mendebarkan ni~~


3rd residency,kg tawang,bachok





Friday, September 5, 2008

masa

orang cakap,buat kerja dulu baru buat benda lain...

hmm...betul!baru plan nak study,then surf internet dulu..almost one hour plus!!

then,my big bro said,"ena,let's go"

bila nak study nye makcik oit!!!!!!!!!!!!!

p/s:kecewa dengan diri sendiri

Wednesday, September 3, 2008

Chorioamnionitis and PPROM

chorioamnionitis

What it is Chorioamnionitis?

It is inflammation of the chorion and amnion. It happens due to the bacterial infections to the amniotic fluid, fetal membrane, placenta and/or uterus. It is now believed that chorioamnionitis is a cause of preterm premature rupture of membranes (PPROM) and/or preterm labor (PTL)

How it happened?

The most common route of intrauterine infection is ascending bacteria from the lower genital tract. This occurs most commonly in the presence of rupture of membranes, but is also possible with intact membranes. Chorioamnionitis is usually polymicrobial and in a majority of cases is caused by a combination of anaerobic and aerobic organisms.

Common pathogens involve in genital tract infections are:
1. Gardnerella vaginalis
2. Ureaplasma urealyticum
3. Bacteroides bivius
4. group A, B, and D streptococci
5. Escherichia coli

Other routes of infection include hematogenous (blood borne) or transplacental infection, retrograde infection from the pelvis, and transuterine infection caused by medical procedures, such as amniocentesis and chorionic villus sampling (CVS)

Once they have colonized the uterine cavity, bacteria can not only infect the fetus but also can release endotoxins. The bacterial endotoxins trigger a release of cytokines in maternal and fetal tissue that leads to a release of additional cytokines, leukocyte migration, and then prostaglandin release from the myometrium and fetal membranes.This prostaglandin release, which can lead to rupture of the fetal membranes and/or to the initiation of uterine contractions, is believed to be the mechanism (or one of the mechanisms) of preterm premature rupture of membranes and preterm labor.

risk factors
  1. premature labor
  2. prolonged rupture of membranes
  3. digital vaginal exam
  4. fetal scalp electrodes
  5. urogenital infections
  6. maternal chronic disease, maternal nutritional status, and emotional stress

Diagnosis

  1. presence of maternal fever of more than 38°C (100.4°F)
  2. maternal tachycardia (≥100-120 bpm)
  3. fetal tachycardia (≥160 bpm)
  4. uterine tenderness
  5. purulent or foul-smelling amniotic fluid
  6. maternal leukocytosis (>15,000-18,000 cells/mm)

maternal complications

  1. bacteremia
  2. labor abnormalities
  3. increased need for oxytocin
  4. increased risk of cesarean birth.
  5. increases the risk of postpartum hemorrhage
  6. postpartum endometritis

Fetal/Neonatal Complications

  1. sepsis
  2. pneumonia
  3. respiratory distress
  4. death

treatment

  1. Intrapartum antibiotic therapy
  2. Intrapartum antipyretic administration

references:http://www.medscape.com/viewarticle/573988_print

bersyukur


alhamdulillah


bersyukur atas segala yang dikurniakan.Sama ada yang kita nak,atau bukan sesuatu yang kita harapkan.bila kita tak dapat apa yang kita nak,kita faham apa itu erti sabar,dan sabar itu besar nikmatnya.Jadi bersyukur la atas apa yang berlaku


p/s: moga diberi kekuatan diri untuk terus bersabar.

mereka mengajarku apa itu erti kehidupan yang sebenar

kmpk 04/05

immunology of pregnancy

immunology of pregnancy


kita semua tahu kalau satu benda yang bukan dari badan kita,badan kita akan hasilkan antibodi ke atas benda tersebut sebagai protection.hmm,Allah tu Maha Berkuasa,segala ciptaannya takda satu pun yang pelik.kalau kita fikir secara logik,sperma adalah satu benda asing bagi seseorang wanita,tapi Allah takdirkan untuk sperma survive dalam badan wanita dan akhirnya terbentuklah seorang bayi di dalam perut wanita tersebut.Let say Allah takdirkan sperma tak boleh survive,hmm mesti cucu cicit Nabi Adam tak bertambah-tambah kan.

vagina adalah pintu masuk kepada sperm.untuk sperm survive,sperm dilindungi oleh satu bahan yang menghalang di bunuh oleh sistem pertahanan badan.Pastu vagina ni kira baik sketla,sperm menyebabkan immune response tak diaktifkan walaupun vagina ni ada banyak tisu lymphocyte dan antibodi IgA and IgG.(dalam kata lain la,sperm tu mcm seorang lelaki nak gi jumpa bakal mentua la,sebelum sperm nak p umah bakal mentua,dia dah ada kelengkapan sendiri sebagai persediaan diserang bakal bapak mentua.Tapi si mak mentua ni baik sket,dia tak kisah pun dekat sperm,dia siap bagi sperm masuk lagi sebab tu dia tak aktifkan immediate immune response =P sesi mengarut bermula)

ok,bila sperm ngan ovum dah kawin,nanti akan dapat anak.nama anak tu adalah fetus.oleh sebab si bapak ovum tak suka dekat sperm,dia pun tak suka jugalah dekat fetus,sebab dia cakap sperm dengan fetus bukan dari keturunan dia.(sperm ada paternal antigen,and fetus is also the feorign body to the mother).Bini manalah tak sayangkan suami ngan anak.so untuk dia tak nak bagi si bapak ni membunuh suami and anak dia,si bini ni memang bekerja keras la untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.hehehehe.

apa yang si bini ni buat?

1. membayar pekerja bapanya(TH1) supaya tak payah buat kerja dengan membayar upah iaitu progesterone.
  • progesterone produced by the trophoblast will inhibit cell mediated immuned response which is mainly TH1.

2.mempunyai sistem pertahanan diri(trophoblast) yang kuat

  • trophoblast act as physical barrier,weak antigenicity,produce sialic acid,fibrinogen and progesterone

3.tidak mengaktifkan handphone(HLA) supaya tidak dapat dikesan oleh si bapak

  • HLA adalah satu protein yang akan menyebabkan activation of cytotoxic acivity ke atas fetus.so bila HLA takde,selamatla si fetus tu.

hahahahahahhahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,ada banyak lagi!!!!!!!!!!!!!!!!

takmau,surrender nak buat cerita dah.baca nota sendiri la yea,tak larat nak merepek wat cerita =P

Tuesday, September 2, 2008

Ummi, Aisyah Gagal Exam...

Ummi, Aisyah Gagal Exam...
www.iluvislam.com
oleh : ummukhadijah


“Kring…kring..kring…”aku bergegas mengangkat telefon. Seusai mengangkat telefon, kedengaran suara anak sulungku, Aisyah di talian teresak-esak menangis. “Ummi, Aisyah sedih,” katanya. Kaget aku seketika. Kenapa dengan anakku ini, setahu aku, Aisyah seorang yang sangat susah untuk menangis. “Aisyah, boleh ummi tahu kenapa Aisyah menangis tiba-tiba ni? Ada sesuatu yang buruk terjadi ke?” aku bertanya.


“Ummi, hari tu Aisyah ada cerita kan pasal exam Aisyah yang susah. Aisyah ‘fail’ ummi.” Serentak dengan itu, makin kuat esakannya. “Aisyah , tidak mengapa, sabar Aisyah, ummi tahu, Aisyah dah berikan yang terbaik. Allah pun tahu Aisyah dah usaha sungguh-sungguh untuk paper Aisyah yang satu ni,” pujukku.


“Ummi, Aisyah sedih. Kawan Aisyah banyak yang lepas ummi, Aisyah seorang saja yang tersangkut ummi,” katanya dalam sedu sedannya. “Aisyah, sabar sayang, banyakkan istighfar, nak.” Pilu hatiku mendengar esak tangisnya. Teringat aku pada peristiwa yang sama yang pernah terjadi padaku dua puluh lima tahun yang lalu. “Aisyah, tidak mengapa, gagal sekali ni bukan bermaksud gagal selama-lamanya. Aisyah masih ada peluang nak baiki mana yang silap, yakinkan mana yang ragu, sebab Aisyah masih belajar. Nanti Aisyah masih ada peluang untuk ulang semula paper ni kan?” soalku.


“Ummi, tak sama ulang semula dengan tak perlu ulang semula. Aisyah malu.” “Aisyah, malu yang diajar islam bukan begitu caranya. Kita perlu malu kalau kita buat salah dengan Allah, tak ikut apa yang Allah suruh buat, buat apa yang Allah larang. Lulus atau gagal ini letaknya di tangan Allah, Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Allah tak kisah kalau kita gagal atau lulus, tapi Allah kira usaha yang kita buat untuk jawab soalan kita,belajar, berdoa, itu semua termasuk dalam nilaian Allah. Lepas tu, keputusan itu di tangan Allah, dan kita sebagai umat islam diajar untuk redha dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita selepas kita dah berusaha dan bertawakal.


Sepatutnya Aisyah, kita kena rasa malu kalau kita tak percaya dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita,” nasihatku. “Tapi ummi, perit sungguh rasa ni. Ummi, kenapa Aisyah ummi..Aisyah rasa tak cukup kuat pun nak hadapi ujian Allah ni,” esaknya. “Aisyah, manusia ni pertimbangannya tak jauh. Ilmunya terhad, tak pernah sama dengan ilmu Allah. Yakinlah Aisyah, kalaupun Aisyah tak nampak, bahawa ini adalah yang terbaik untuk Aisyah. Jangan cakap seperti itu nak, itu tanda orang putus asa, Allah tak suka orang yang berputus asa,” pesanku. “Aisyah, ingat tak ayat Quran yang ummi ajar Aisyah baca setiap pagi.. “Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya….” (Al-Baqarah : 286)


“Aisyah, dalam ayat ni, Allah dengan jelasnya beritahu bahawa dia tidak akan uji kita kalau kita tak mampu. Ini kata-kata Allah Aisyah, yang tiada ragunya, yang sentiasa benar dari dulu hingga kini, kata-kata dari pencipta kita.,” katanya.


“Ummi, Aisyah tahu….tapi, susahnya ummi nak terima hakikat ni,” katanya. “Aisyah sayang, ini barulah apa yang kita katakan praktikal dari apa yang kita belajar selama ini. Kalau dulu, ummi asyik ajar Aisyah teori bersabar, inilah waktunya bila mana Aisyah kena praktikkan sabar itu. Ummi tahu, ia memang manis dan sedap untuk diucapkan, tetapi hakikatnya susah untuk dilakukan. Sebab tu orang yang banyak bersabar ni ganjarannya tinggi di sisi Allah.”


“Aisyah, cuba kita tengok kisah Rasulullah dulu. Sayang Allah padanya, Allah uji dengan pelbagai ujian, Allah uji dengan kaum Mekah yang tidak jemu-jemu menentangnya, Allah uji dengan perginya orang-orang yang tersayang ketika baginda sangat-sangat memerlukannya, Allah uji dengan macam-macam lagi bentuk ujian. Allah tak bagi Rasulullah kemenangan dengan mudah, kerana Allah nak ajar Rasulullah s.a.w. dan umatnya bersabar itu bagaimana. Sabarlah Aisyah, Allah sayang padamu, sebab tu Allah uji dengan ujian sebegini rupa, sebab Allah nak Aisyah lagi dekat padaNya, Allah nak bagi peluang dekat Aisyah tambah pahala berlipat ganda dengan banyak-banyak bersabar.”


“Aisyah, kadang-kadang, gagal inilah yang akan memacu kita untuk lebih berjaya. Bersyukurlah sayangku, sebab Allah tunjuk kelemahan kita sejak dari mula lagi, Allah bagi kita peluang untuk baiki segala kesilapan kita dari awal supaya kita berjaya dengan cemerlang kelak. Allah ajar kita untuk pandai bahagikan masa antara kerja persatuan dan pelajaran, sebagai langkah awal sebelum menempuh alam rumahtangga yang pastinya lebih mencabar kelak.”


“Ummi, Aisyah rasa Aisyah dah bagi yang terbaik ummi,”katanya. “Aisyah, sebab tu ummi kata, pengetahuan manusia ni terhad. Kita sukar untuk nampak hikmah di sebalik sesuatu peristiwa. Mungkin apa yang Allah nak didik Aisyah ialah kemenangan dan kejayaan kita bukan terletak pada banyak mananya usaha yang telah kita buat, tapi pada rahmat dan kekuasaan Allah.” “Aisyah ingat tak kisah perang Hunain di mana bilangan umat islam yang ramai tidak menjamin kejayaan mereka. Kenapa agaknya Aisyah?” tanyaku.


“Kenapa ummi?” tanyanya berminat.


“Kerana bilangan yang ramai itu telah menyebabkan mereka lupa untuk bergantung penuh pada Allah, mereka merasa mereka kuat dengan tentera yang banyak, walhal kemenangan itu terletak pada tangan Allah. “Samalah dengan usaha kita yang banyak. Usaha itu diibaratkan sebagai pancing untuk meraih rahmat dan redha Allah yang akan menentukan kejayaan atau kemenangan kita kelak.” ceritaku.


“Ummi, Aisyah rasa Allah nak ajar Aisyah untuk jadi hamba Allah yang betul-betul hamba, tanpa ada secebis pun rasa aku hebat dalam diri. Mungkin benar apa yang ummi cakap, sebab sebelum ni Aisyah kan sentiasa senang, cemerlang dalam segala-galanya. Nombor satu dalam kelas perkara biasa, semua ‘A’, pelajar terbaik sekolah sampai mungkin Aisyah terlupa untuk mengembalikan rasa syukur itu kembali kepada Allah,” jawabnya.


“Alhamdulillah, itulah yang ummi cuba sampaikan. Itulah yang dinamakan ujian dalam nikmat, yang mana kita selalu terlupa, bak Qarun yang terlupa untuk ingat Allah dengan banyaknya harta yang dimiliki.” kataku.


“Nauzubillah ummi, Aisyah tak nak jadi macam tu ummi.” katanya.


“Begitulah sayang, Allah suruh ambil pengajaran dari kisah-kisah terdahulu,” nasihatku.


“Terima kasih ummi, Aisyah rindulah nak jumpa ummi. Baiklah ummi, Aisyah akan usaha sungguh-sungguh lepas ni dan berdoa dan berharap betul-betul pada Allah.” janjinya.


“Alhamdulillah nak, kita kembalikan semuanya kepada Allah,” tambahku. “Baiklah ummi, azan dah berkumandang tu, Aisyah solat dulu. Terima kasih lagi sekali, my dearest ummi.” katanya.


“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ummi,” katanya menutu bicara.


“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, anakku,” balasku. Gagang telefon kuletak perlahan. Tanpa kusedari, air mataku bergenang, teringat perbualanku dengan ummiku 25 tahun yang dulu, yang nasihat dan perangsangnya telah banyak membantuku menjadi seorang doctor pada hari ni. Ummi, Ana rindu ummi juga…

p/s:cerpen ini memang sangat menyentuh hati.dan memang sangat terasa pada diri sendiri.


something to share~~

"manage your energy"

by Mac Anderson


Not long ago, I had the opportunity to spend some time with best selling author John Maxwell. The conversation turned to how managing your energy can be one of the keys to leadership. John felt that leadership and energy were joined at the hip. It is impossible to have one without the other. He said that it all starts with knowing yourself, knowing your limitations, and knowing when you perform best. The key, for him, is to schedule his most crucial activities when his energy levels are at their peak. John, for example, schedules his important meetings and his writing time in the mornings when he feels the most energized. Activities of less urgency are scheduled in the afternoons.


Also, as he winds down at home in the evenings, he saves an hour or two for writing letters and for light reading. Of course, he said, a schedule doesn't always cooperate, but following this general philosophy has served him well.


For me the key to managing my energy is exercise. It almost sounds too simple to be important, however, without exercise my energy levels and my attitude "take a hit."

Lastly, protecting and replenishing your emotional energy is critical for every leader. Mira Kirshenbaum, in her book The Emotional Energy Factor, offers a refreshing, down-to-earth approach:

"First, you plug the leaks: learn to recognize what drains your energy - life situations, toxic people, or habits such as worry, indecision or guilt. Second, you identify what fills your tank - pleasure, prayer, anticipation, or fun - and give yourself more."


selamat berbuka malaysia!

selamat berbuka puasa!


sedapnya!

macam nak beli semua ja!

sangat terliur la!



nak nak jugak!

bila puasa,semua benda nak makan,itu dan ini.tapi bila dah berbuka tu,seteguk air pun dah cukup sampai makanan yang lain membazir ja.nafsu manusia,musuh paling besar!jihad akhbar~~~~

3rd residency

bersama alia yang pemalu

menarik!

menarik!

semalam belajar tentang pregnancy.menariknya ciptaan Allah.rasa nak nangis pun ada tambah-tambah dalam bulan puasa ini.sangat tersentuh hati!dr adibah tunjuk from 1 week to the next week apa yang berlaku dalam perut mak sehinggala sampai masa nak beranak.sangat comel tengok bayi dalam mother's womb.sangat-sangat tersentuh dengan ciptaan Allah,sangat unik dan sistematik.nantila kalau rajin i put the slides regarding the fetal growth dalam womb.kalau dalam perut dah comel,bila besar mesti lagi comel.betul le sebaik-baik ciptaan adalah manusia


obstructive lung disease

obstructive lung diseases(OBL)

hmmm..belum tulis tapi dah rasa susah nak terang dalam bahasa melayu,aiy0ooo

ok,berdasarkan tajuk entry,kita kena tahu dulu apa maksud OBL,dah nama pun obstruction so mesti ada kaitan dengan obstruct dekat mana-mana airway tract,tak kira la dari nose sampai la bronchiole..tapi yang ada dalam my medical book ni takde la plak obstruct dekat hidung.kalau hidung apa ek?taik hidung banyak?(kalau faten baca,mesti dia cakap,"nenex betul!")

dalam OBL,pesakit akan mengalami masalah pernafasan sebab ada airway limitation disebabkan ada obstruction.so,bila ada airway limitation,kuranglah O2 yang masuk dan CO2 yang keluar.nanti dalam badan org tu ada banyak CO2 and boleh dapat acidosis,aiyoo penyakit sudah~~selain itu,FVC might be normal and for FEV1,for sure la berkurang sebab Co2 susah nak keluar.lepas tu bila dan CO2 tak boleh keluar dari peparu,peparu dia akan besar,dari chest xray kita nampak kawasan hitam dekat lung tu besat,hyperinflated.dan bila peparu tu dah besar,pesakit akan susah nak bernafas,macam manala nak bernafas,kalau nak kembang lagi,boleh meletup peparu tu,so dia dapat chest thighness.and dia akan guna accessory muscles untuk tolong dia bernafas(my study groupmate,kita dah cover muslces ni,jangan lupa!)

selain asma,ada 2 lagi penyakit OBL
  1. emphysema
  2. chronic bronchitis
dua-dua penyakit ini juga dikenali sebagai chronic obstructive disease sebab dia irreversible.kalau asma dia reversible.

emphysema
emphysema berlaki disebabkan oleh dilation of the respiratory bronchioles or the alveolar duct to the end.ada dua jenis emphysema yang penting.centriacinar and panacinar.

  • centriacinar
the dilatation of the lung occur at the respiratory bronchiole only and do not related with alpha 1 antitrypsin deficiency

  • panacinar
dilatation occur at the alveolar duct and the alveoli,and a/w alpha 1 anttrypsin deficiency.

alpha 1 antitrypsin
  • berperanan sebagai antiproteolytic.apabila seseorang itu merokok,nicotine yang dibebaskan akan meransang pengumpulan sel-sel neutrophil dan seterusnya membebaskan proteolytic enzyme yang membuatkan tissue damage dekat lung.so bila ada antitrypsin,dia boleh kurangkan aktiviti tissue damage.bila takda damage,takdela dilatation.bijak tak?
centriacinar dan panacinar memang sangat berkait rapat dengan smoking.selain membebaskan nicotine,rokok juga menyebabkan terbentuknya free radical.free radical ini akan menginactivatekan anti trypsin yang ada dan seterusnya menyebabkan tissue damage.

pure emphysema berkait rapat dengan pink puffer.kak ro cakap sebab dilation tu berlaku dekat area hujung2,gaseous exchange occur sebab tu patient hyperventilate walaupun muka dia blushing(blushing sebab banyak oxygenated blood,hyperventilate sebab nak removekan CO2 tu).

p/s: mengantukla,nanti kalau rajin,i make a new post regarding chronic bronchitis plak.

-ilmu tanpa amal,ibarat pkok tidak berbuah-




 
Copyright 2009 ainaa ismail. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan