Sunday, August 31, 2008

selamat datang ramadan

ramadan
esok dah mula puasa. baru je habis terawikh dekat masjid. kejap benar masa berlalu. masih teringat lagi tahun-tahun sebelum sembahyang dan berbuka puasa di masjid.
semoga ramadan tahun ini lebih baik daripada ramadan tahun lepas.sama- sama kita berdoa diberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran dan dugaan dalam bulan ramadan, bulan yang penuh keberkatan.

"sakit rumah"

[homesick]

raya 2007 bersama fatini yang sentiasa menyibuk

gambar lepas balik sembahyang raya

anis buat-buat pandai jaga adik

sesi memohon maaf selepas setahun,we never serious!
dari bapak sampai anak!


anis jeles gambar dia takda,sapa suruh ponteng sembahyang raya

p/s:baju raya abah,ad dan ijat hanya dibeli 2 tahun sekali dah bertukar milik setiap tahun.sapa suruh saiz badan sama,hahahaha.gambar diambil semasa raya dekat rumah tok~

Saturday, August 30, 2008

benign prostate hyperplasia dan lelaki

BPH AND MEN


apa kaitan BPH dan lelaki?memangla ada kaitan sebab prostate tu hanya lelaki yang ada,kalau perempuan ada,mesti pelik kan,tapi Allah tu Maha Berkuasa,ciptaanNya terlampau unik sehingga tidak mampu di fikir oleh dek akal.


kenapa pentingnya BPH dan lelaki?pernah dengarkan kisah kematian allahyarham Tan Sri Megat JUnid disebabkan oleh kanser prostate?sebenarnya,bila seseorang lelaki tu semakin meningkat umur,prostate mereka akan membesar dan berisiko menyebabkan BPH dan juga kanser prostate.apa kaitan dengan umur?semakin meningkat umur,kandungan estrogen dalam badan meningkat.estrogen ini memainkan peranan yang penting dalam pembesaran prostate.tapi,kenapa pentingnya BPH?semua orang mesti takut bila dengan pasal kanser.apa itu BPH?BPH adalah disebabkan oleh pembesaran prostate,yang mana akan mengakibatkan terganggunya salur kencing manusia.

untuk makluman,air kencing yang terhasil di pundi kencing(urinary bladder)akan dikeluarkan daripada badan melalui urethra.dari gambar,didapati urethra berada di dalam prostate.sekiranya prostate itu membesar,laluan urethra akan menyempit dan akan menggangu laluan kencing manusia.

apabila ini berlaku,sesorang lelaki tersebut akan mengalami masalah untuk kencing.dia akan berasa sakit ketika kencing(dysuria),dan memerlukan tenaga yang tinggi untuk kencing(hesistancy).Selain itu,jumlah air kencing yang keluar daripada badan adalah sedikit(oliguria) ataupun tiada langsung(anuria)sekiranya saluran itu tertutup sepenuhnya.Akibatnya,banyak air kencing yang terkumpul di dalam pundi kencing,dan akan menyebabkan pundi kencing membesar(distended). Keadaan ini akan menyebabkan pesakit berasa ingin kencing selalu.

untuk makluman,pundi kencing dihubungkan dengan buah pinggang melalui ureter.sekiranya terdapat backflow of urine(air kencing itu bergerak ke dalam ureter dari pundi kencing)ini akan menyebabkan inflamasi kepada buah pinggang dan akhirnya akan menyebabkan buah pinggang rosak.hmmm,bahaya kan?

jadi,apa yang perlu dilakukan?
sekiranya mengalami tanda-tanda seperti berikut,jom jumpa doktor secepat yang mungkin,sebab kita takut akan berlakunya kerosakkan pada buah pinggang.nanti doktor akan bagi sejenis ubat untuk mengurangkan penghasilan estrogen dalam badan.dan jika obstruction itu sangat teruk,pesakit akan kencing menggunakan catheter(satu alat untuk membantu pesakit kencing),dan dia akan masukkan sesuatu untuk mengembangkan kembali salur kencing pada kawasan tersebut.


-ilmu tanpa amal,ibarat pokok tidak berbuah-

Friday, August 29, 2008

ada apa dengan asma????????

[asma]
dulu waktu kecil,aku kena asma.dalam bahasa kampung, depa panggil penat atau lelah. nak kata teruk mungkin la kut sebab kena makan ubat tiap-tiap hari.pastu lama-lama dah ok.unfortunately,time form 1 kena attack balik sampai kena pakai inhaler.ok,hari ni kita kongsi ilmu tentang asma.credit kepada faten untuk trigger dia =P.
apa itu asma?
asma adalah sejenis penyakit kronik disebabkan oleh inflamasi pada salur pernafasan.ciri-ciri penyakit asma:
  1. "type 1 hypersensitivity reaction"-
  2. airway limitation-salur penafasan tersumbat
  3. smooth muscle hyperplasia and hypertrophic gland

p/s:susahnya nak terangkan dalam bahasa melayu :(

kenapa asma boleh terjadi?

asma terjadi disebabkan 'inflammation" pada salur pernafasan seperti 'bronchiole'.selalu kalau kia tengpk orang kena asma,mungkin disebabkan oleh asap rokok,habuk dan sebagainya.benda-benda seperti ini kita kenali sebagai 'enviromental antigen'.bila antigen ini masuk ke dalam salur pernafasan manusia,sel T-2(salah satu sel yg terlibat dalam sistem pertahanan badan) akan di aktifkan.sel T akan membebaskan beberapa bahan kimia seperti IL-4,IL-5 dan juga IL-13.bahan-bahan kimia ini akan menyebabkan sel eosinofil berkumpul di tempat tersebut,antibodi IgE akan melekat pada sel mast dan mukus banyak dihasilkan.

sekiranya terdapat serangan antigen buat kali kedua,IgE yang melekat pada sel mast akan merembeskan bahan kimia.bahan-bahan kimia ini akan menyebabkan ruang-ruang di antara sel terbuka dan menyebabkan antigen akan lebih terdedah pada sel mast.selain itu,ia juga akan mengaktifkan parasympathetic activity dan menyebabkan 'bronchoconstriction'.bukan itu sahaja,akibat bahan kimia yg dibebaskan,akan menyebabkan salur darah 'increase vascular permeability' dan akhirnya menyebabkan mukus terhasil.

selain itu,sel-sel eosinofil juga akan menyebabkan kerosakan pada sel-sel yang terdapat pada salur pernafasan tersebut.

p/s:serius susahnya nak terang :(

video

credit to akre

pathogenesis of asma

apa tanda-tanda asma?

sesak nafas

  • berlaku akibat salur pernafasan yang tersumbat akibat bronchoconstriction,penghasilan mukus yang banyak serta 'hypertrophy of smooth muscle'
  • akibatnya,kekurangan oksigen dalam badan dan menyebabkan V/Q mismatch.
  • perkara ini akan menyebabkan pesakit itu akan sesak nafas dan tercungap-cungap
  • apabila pesakit ini bernafas,satu bunyi seperti berdesing(wheezing) akan kedengaran dan pesakit ini mengambil masa yang lama untuk menghembus nafas.

sakit dada

  • akibat salur pernafasan yang tersumbat,banyak CO2 berkumpul di dalam paru-paru.
  • justeru,paru-paru akan berkembang (hyperinflated daripada Xray)
  • sakit dada berlaku kerana paru-paru susah untuk berkembang(bayangkan macam belon yang sedang ditup besar,lagi banyak angin dalam belon,lagi susah nak tiup belon tu kan)

batuk berkahak

  • bagi batuk seperti ini,adalah disebabkan oleh peningkatan mukus yang banyak.mukus ini bersifat jernih dan pekat,menunjukkan kandungan eosinophil yang tinggi.
  • tidak seperti kahak bewarna kuning yang disebabkan oleh infeksi(infection) daripada bakteria.

nadi dan tekanan darah yang tinggi

  • saah satu cara untuk mengatasi masalah asma,akibat tindakan sympathetic.

FEV1 berkurang

  • adalah satu ujian untuk melihat kadar hembusan nafas seseorang.
  • akibat salur pernafasan yang tersumbat,FEV1 berkurang tetapi FVC masil dalam julat normal

apakah rawatan yang sesuai?

  • anti inflammation

corticosteroid(prednisolone),leukotrine inhibitor pathway(monteleukast),mast cell stabilizer(sodium cromoglycate),dan anti Ig E antibodi(omalizumab)

  • bronchodilator

anticholinergic(ipratropium bromide)methylxanthine,B2 receptor agonist(salbutamol,salbuterol)

p/s:wah!!!!!!!!!susahnya nak terang dalam bahasa melayu,

-ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah-

alhamdulillah

alhamdulillah
alhamdulillah,setelah penat merancang dan memerah otak,aktiviti pertama study group berjaya dilaksanakan juga malam tadi.dah hampir 3 tahun kita duduk belajar sekali,walaupun ukhwah itu makin berkurangan akibat sikap busy body semua orang dengan aktiviti-aktiviti universiti(gipang bebenor) insyaAllah,kita akan tingkatkan balik ukhwah itu.walaupun penat akibat mengantuk dan sebagainya,ena harap aktiviti malam tadi sangat bermanfaat untuk kita semua.semoga Allah memberkati segala usaha yang kita lakukan.
-ke arah pro 2 yang mendebarkan-

Thursday, August 28, 2008

takda kerja cari kerja!

[abah]

ismail kamaruzaman

bila takde kerja cari kerja,camnila..Ini aku jumpa gambar abah.Picture was taken last 2 years kut before balik kampung sambut raya.Abahku sentiasa perasan muda,walaupun umur dah 52 tahun tapi perangai macam 25 tahun.Itu yang best,boleh ajak tengok wayang,main boling,shopping and etc.tapi satu je yang tak best,suma kena bayar sendiri.Abah sangat risau kalau keputusan peperiksaan kami tidak memberansangkan.Dia yang lelebih.tapi bila dia nak exam,rasanya kami patut lebih risau sebab abah lagi teruk time exam dari kami.ahaks!
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki la abah!
-ainaaismail-

tak datang period??????????

amenorrhoea
bila orang tak datang period,apa masalahnya?mesti semua ingat sebab orang tu datang haid kan.itu mungkin satu kemungkinan kalau dia ada history SI.tapi kalau takde takkan dia mengandung?macam mariam bonda kesayangan nabi isa?
Apa itu amenorrhoea?
amenorrhoea atau bahasa kampung dipanggil tidak datang haid lah...ada banyak sebab haid tak berlaku.ada orang tu dari kecil sampai kawin,haid tak pernah datang(especially lelaki la kan,hahaha langsung takde kaitan),dan ada orang tu haid semakin berkurangan dan langsung takde(dalam kes orang mengandung).
terdapat 2 jenis amenorrhoea
  1. primary
  • berlaku apabila seseorang itu tidak pernah menglami haid sejak lahir dan mungkin atau tidak mempunyai secondary sexual characteristic

2. secondary

  • berlaku apabila kitaran haid semakin berkurangan sekurang-kurangnya 6 bulan

secondary sexual characteristic

  • bahu yang sempit
  • punggung yang luas
  • pembesaran buah dada
  • pembentukan bulu pubis dll

kenapa boleh berlaku?

untuk tahu sebabnya,kita kena tahu dulu macam mana haid boleh berlaku.rasanya dah cerita dalam post sebelum ini.so,masalah akan berlaku pada mana-mana level,sama ada hipotalamus,pituitary,ovary,ataupun genitalia tract tersebut.

antara sebab-sebab yang boleh berlaku ialah:

  1. masalah hipotalamus

hipotalamus merembeskan hormon GnRH yang meransang rembesan FSH dan LH.sekiranya seseorang itu mengalami stress,penurunan berat mendadak dan juga bersukan secara berlebihan,ini akan menyebabkan gangguan pada rembesan hormon tersebut.(jom tanya atlet wanita,depa ada period satu tahun berapa kali?)Satu lagi adalah disebabkan oleh Kallman's syndrome(Hypogonadotropic hypogonadism)

2. masalah pituitari

pituitari berperanan untuk menghasilkan FSH dan LH.Sheehan's syndrome(necrosis of pituitary gland) dan juga prolactinoma akan menganggu remebesan FSH dan LH.prolactin sebagai contoh adalah anti-FSH dan LH hormon.Justeru,kandungan prolactin yang tinggi akan menyekat pituitari untuk merembeskan hormon FSH dan juga LH.

3. ovari

ovari merupakan kilang penghasilan telur(ovum).Kegagalan ovari untuk menghasilkan ovum akibat stok folikel yang sudah habis.(contoh dalam orang menopause)kadang-kadang ada jugak berlaku pada orang muda,macam kita,sel-sel folikel dah habis.mungkin disebabkan orang tu undergo chemotherapy,radiotherapy dan ada autoimmnue disease.(premature ovarian failure)

satu lagi adalah disebabkan oleh ovum yang resistant kepada FSH dan LH level.maksudnya,walaupun banyak FSH dan LH yang dirembeskan,ovary tak dapat kesan hormon-hormon ini,maka ovary rasa tak perlu kut nak hasilkan progesteron dan estrogen.

satu lagi disebabkan oleh ovary memang takda dalam badan perempuan itu.(gonadal dysgenesis)dalam kes Turner's syndrome.

4. trak sistem pembiakan yang bermasalah.

trak sistem pembiakan terdiri daripada tiub fallopio,uterus dan juga vagina.sekiranya terdapat masalah pada kawasan-kawasan ini,darah yang terbentuk tidak dapat mengalir keluar.

contohnya dalam kes transverse vagina septum,dimana septum yang terbentuk menghalang darah dari disingkirkan daripada badan.akibatnya,pesakit akan berasa sakit(senggugut) akibat uterus yang mengecut secara aktif bagi membuang darah tersebut.

ataupun dalam kes imperforated hymen.Hymen juga dikenali sebagai selaput darah,senipis kulit bawang yang terdapat pada sistem pembiakan wanita.sekiranya tiada lubang pada hymen,darah tidak dpt mengalir keluar daripada badan manusia.Perlu diingatkan,hymen terdapat beberapa bentuk,ada yang kecil dan yang besar.Jangan disangka seseorang itu hilang dara ataupun ditebuk tupai hanya kerana dia mempunyai lubang hymen yang besar.Cipataan Allah terlampau unik dan complicated.

dan sebab lain tak datang haid adalah sebab uterus memang takde dalam badan perempuan tersebut.Contohnya dalam kes Rokitansky syndrome,dimana uterus,vagina dan fallopian tiub tak terbentuk akibat Paramesonephric duct agenesis.so kalau takda uterus,dari mana nak datang haid kan?

-harap membantu pemahaman sahabat-sahabat yang lain.Pemahaman lebih mudah dengan bantuan gambar-gambar.minta inisiatif sendiri untuk merujuk gambar dari buku.-

-ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah-

Wednesday, August 27, 2008

kitaran haid normal

[KITARAN HAID]

dulu masa matrik,pernah terfikir,kalau perempuan capai akil baligh,dia akan datang haid.tapi bagi lelaki dalam islam,dia akan ada mimpi.tapi kalau orang bukan islam,apa tanda dia?cikgu dulu pernah terangkan dekat seorang chinese student,kemudian dia tanya balik,mimpi apa?kalau mengikut perubatan,tanda bagi seorang lelaki itu matang adalah pertumbuhan bulu pubis dan juga testis yang semakin membesar.
ok,berbalik kepada tajuk asal,jom kita buat ulangkaji tentang kitaran haid normal manusia.

Apa itu kitaran haid?

kitaran haid bermula dari hari pertama seseorang itu haid sehinggalah haid pada bulan seterusnya. Secara purata,satu kitaran haid yang lengkap ialah 28 hari dan seseorang itu mengalami haid selama 7 hari.

Kenapa haid boleh terjadi?

Haid berlaku disebabkan oleh runtuhnya dinding endometrium disebabkan oleh kekurangan hormon progesteron(salah satu hormon yang penting dalam badan seorang perempuan).Hormon progesteron memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan ketebalan dinding endometrium bagi membantu implantasi bagi zigot.Justeru,banyak salur-salur darah yang terbentuk disekitar dinding endometrium.Akibat ketiadaan hormon progesteron,dinding endometrium runtuh,begitu juga salur darah dan juga sel-sel yang lain.

Bagaimana satu kitaran haid yang lengkap?

kitaran haid bermula pada hari pertama seseorang itu datang haid.Pada waktu itu,hormone GnRH di hipotalamus akan meransang supaya kelenjar pituitari merembeskan hormon FSH dan LH.Hormon LH menyebabkan sel Theca di ovari untuk menghasilkan androgen dari kolesterol.Manakala hormon FSH menukarkan androgen kepada estrogen.Selain itu,FSH juga meransang proliferasi sel folikel.Sel-sel folikel ini akan berproliferasi sehingga membentuk sel folikel yang matang.Dalam masa yang sama,estrogen yang terhasil akan memainkan peranan untuk membaiki dinding endometrium yang runtuh.Rembesan estrogen yang banyak menyebabkan "surge of LH".Akibatnya,ovulasi berlaku.Ovulasi adalah pembebasan ovum daripada Graffian folikel yang terdapat pada ovari.Graffian folikel kemudiannya membentuk korpus luteum.Korpus luteum merembeskan hormon progesteron.Progesteron ini akan memaintainkan ketebalan dinding endometrium bagi membantu implantasi zigot.Korpus luteum akan sentiasa merembeskan hormon ini selama 14 hari sehinggalah plasenta terbentuk.sekiranya plasenta tidak terbentuk,korpus luteum akan mati,maka hilanglah sumber progesterone.maka, dinding endometrium runtuh,dan haid bagi kitaran seterusnya berlaku.

Kenapa sengugut ketika haid?

Sengugut atau dysmenorrhoea berlaku disebabkan oleh prostaglandin yang berlebihan dan juga banyak salur darah di situ.Selain itu,sekiranya seseorang itu mengalami pendarahan yang banyak terutama pada awal-awal kitaran haid,uterus akan mengecut(contract extensively) untuk menbuang darah-darah yang berkumpul di uterus.Hal ini kerana,pada waktu itu,uterus telah menganggap darah itu adalah benda asing pada badan manusia.Sebab tula orang perempuan selalu sengugut waktu awal-awal haid kan =P

ditulis berdasarkan pemahaman melalui pembacaan.semoga entry ini membantu pemahaman diri ini dan juga sahabat-sahabat yang lain

-ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah-

Monday, August 25, 2008

hari interaksi dan integrasi persatuan






hari interaksi dan integrasi persatuan


alhamdulillah,setelah hampir setahun memulas otak,membanting keringat,projek yang sangat menjadi bebanan dalam hidup akhirnya selesai.walaupun ini merupakan program julung-julung kali diadakan
jawatan kuasa IIP 08

namun begitu sambutan amat menggalakkan terutama dalam acara Malam 1001 kenangan 1 harapan. cuma apa yang disedihkan adalah penglibatan pelajar-pelajar tahun satu yang amat sedikit bilangannya. adakah salah penggerak publisiti,ataupun para pelajar mempunyai agenda yang lain?

"tingkatkan promosi,tak ramai yg hadir",kata azizi.
aku terima komen azizi dengan dada yang sangat terbuka.tidak pernah timbul rasa marah. bagi aku,memang betul apa yang dikatakannya. namun,aku hanya insan yang hina,aku tidak mampu melakukan semua kerja,pengarah projek sibuk berexam,timb projek menetap diluar,untuk aku menggalas semua tugas,aku sangat tidak mampu.mungkin semua masalah itu adalah disebabkan oleh kelemahan diri ini.


untuk program ini,aku diamanahkan untuk memegang portfolio setiausaha selaku wakil dari persatuan sains perubatan.untuk berkata tidak,bukan bidang kuasa aku kerna ini adalah persetujuan YDP-YDP beberapa persatuan.Namun begitu,aku sangat berkecil hati dengan kerjasama yang diberikan oleh beberapa persatuan terutama persatuan utama yang menganjurkan program ini.bagaikan melepaskan batuk ditangga.argh,pemimpin apabila dipilih dari orang yang tidak sepatutnye,bak kata naim,kroni.namun,aku memang salute pada z.walaupun sibuk berexam dan family agm dia masih lagi menggalas tanggungjawab ini.kalau aku dah lama fikir nak letak jawatan.
sebenarnya,aku terfikir apa tugas sebenar seorang setiausaha?sepanjang aku tahu,setiausaha menyiapkan surat,laporan and beberapa perkara sahaja.dan dalam mesyuarat,setiausaha tidak punya hak untuk berkata..itu mungkin dari segi kerja sebagai setiausaha di pejabat kut..entahlah,tepuk dada,bukak buku.

walaupun program dah habis,aku terfikir,adakah aku sudah melakukan segala amanah yang telah diberikan?Moga aku tidak ditanya soalan ini pada akhirat kelak..

Ya Allah,aku memohon perlindungan dariMU di dunia da di akhirat.
-mencari kesilapan diri ini-

Saturday, August 23, 2008

homesick mania~~

video

here in my home

malaysian artistes for unity

gestational diabetes




GESTATIONAL DIABETES


situasi

Pn A adalah seorang yang sihat sehinggalah beliau mengandung.Ketika kandungannya berusia 30 minggu,beliau disahkan oleh doktor menghidap penyakit diabetes.



Mungkin ramai yang pernah dengar tentang contoh situasi yang berlaku seperti di atas.Mengikut istilah perubatan,sekiranya seorang wanita mengandung dan disahkan menghidap kencing manis(diabetes) ketika mengandung,maka penyakit ini dikenali sebagai "Gestational Diabetes".

Kenapa boleh berlaku?

Seperti sedia maklum,fetus melekat pada uterus ibu melalui placenta.Placenta akan merembeskan hormone seperti "Hormon Placenta Lactogen" dan juga Cortisol bagi pertumbuhan fetus.Namun begitu,hormon-hormon ini bersifat anti-insulin iaitu menidakkan aktiviti insulin.Fungsi insulin yang sebenar ialah menukarkan glukosa yang berlebihan kepada glikogen.Jika aktiviti insulin tidak berlaku,glukosa akan berkumpul dan tinggi di dalam darah wanita tersebut.Jika glukosa melebihi paras normal,maka wanita tersebut menghidap kencing manis atau "impaired glucose tolerance".

Mengapa bahaya?

Jika glukosa ini tinggi,selain membahayakan si ibu,glukosa ini akan meresap masuk ke dalam badan fetus melalui placenta secara facilitated diffusion.Apabila ini berlaku,kandungan glukosa dalam darah fetus juga akan tinggi.Seterusnya,fisiologi badan fetus akan meningkatkan rembesan insulin bagi mengurangkan glukosa dalam badan fetus.Ketika dalam kandungan,fetus tidak akan mengalami masalah hypoglycaemia(kurang glukosa akibat aktiviti insulin) tetapi hal ini lebih darurat apabila lahir.Apabila lahir,bayi tidak lagi mendapat glukosa secara terus melalui ibu,maka sumber glukosa adalah berkurangan.Akibat aktiviti insulin yang tinggi dalam bayi,insulin akan menukarkan glukosa yang ada kepada glikogen,Ini akan menyebabkan hypoglycaemia pada bayi tersebut.

Selain itu,ketika masih dalam kandungan,akibat kuantiti glukosa yang tinggi,glukosa ini akan digunakan untuk tumbesaran bayi,maka bayi yang dilahirkan akan besar,dikenali sebagai macrosomia.




Komplikasi kepada ibu mengandung

  1. penglihatan kabur
  2. masalah buah pinggang
  3. penyakir koronari arteri
  4. jangkitan
  5. pre eclamspia
  6. thromboembolic disease

Komplikasi kepada bayi

  1. malformasi(sebab tidak diketahui)
  2. bayi besar
  3. masalah pernafasan
  4. hypoglycaemia
  5. polycythaemia(banyak Hb dalam darah)
  6. Penyakit kuning

Pencegahan

Seharusnya ibu mengandung perlu melakukan pemeriksaan yang berterusan secara berkala di klinik-klinik kesihatan yang terdekat.Sekiranya ibu-ibu mengalami masalah-masalah seperti di atas,seharusnya mendapatkan rawatan yang segera.

Selain bersenam(membantu untuk mudah beranak),diet yang sihat juga mampu mengurangkan risiko penyakit ini.


Rujukan:

obstetrics by ten teachers

www.diabetes.org/gestational-diabetes.jsp


-ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah-

Friday, August 22, 2008

a hand to lead,a heart to care

H.I.V/A.I.D.S AWARENESS CAMPAIGN 2008

red ribbon charity dinner,hotel renaissance

6,7,8hb june 2008,satu program bertemakan "a hand o lead,a heart to
care" telah diadakan di kampus kesihatan USM.
banyak orang tak yakin program ni akan berjaya,
tapi berkat kesabaran dan ketekunan,alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar.matlamat program adalah untuk mengumpul dana bagi membantu pesakit-pesakit yg menghidap HIV dan AIDS.

Ada juga masyarakat yang marah sebab niat kami untuk menolong,bagi mereka,pesakit seperti ini patut dibiarkan.Tapi sebenarnya mereka tidak bersalah.Kebanyakkan pesakit menghidap penyakit ini kerana dianiaya.Pekerja-pekerja seks hanyalah sebilangan kecil sahaja.Majoriti yang menghidap penyakit ini adalah disebabkan horizontal and vertical transmission(disebabkan suami dan juga penyusuan bayi).

banyak NGO yang terlibat,terutama sekali SAHABAT,PRIHATIN dan juga Malaysia AIDS Council.dan banyak sangat ilmu yang kami timba.memang program ini sangat bermakna untuk kami semua.

accomodation team

tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja yang bekerja tanpa memikirkan exam dan sebagainya.semoga usaha kita ini mendapat keberkatan daripada Allah.

"bukan nama yang dicari,tetapi matlamat untuk membantu niat paling utama"

-ainaaismail-

Thursday, August 21, 2008

aku seorang blogger

B.L.O.G.G.E.R



"blogger"


apa itu blogger?entah,mungkin seorang penulis blog,


itu adalah definisi bagi aku,entah betul entah tak,sapa peduli,hak aku untuk menulis
malaysia punya hak asasi tersendiri



dan kenapa aku tulis blog?
"tepuk dada,tanya hati la"


dah tepuk,hati tak jawab nak buat macam mana


semoga aku mencari jawapan nya suatu hari nanti

amir lukman,kg tawang,kelantan


-mencari yang satu-



 
Copyright 2009 ainaa ismail. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan