BPH AND MEN
apa kaitan BPH dan lelaki?memangla ada kaitan sebab prostate tu hanya lelaki yang ada,kalau perempuan ada,mesti pelik kan,tapi Allah tu Maha Berkuasa,ciptaanNya terlampau unik sehingga tidak mampu di fikir oleh dek akal.
kenapa pentingnya BPH dan lelaki?pernah dengarkan kisah kematian allahyarham Tan Sri Megat JUnid disebabkan oleh kanser prostate?sebenarnya,bila seseorang lelaki tu semakin meningkat umur,prostate mereka akan membesar dan berisiko menyebabkan BPH dan juga kanser prostate.apa kaitan dengan umur?semakin meningkat umur,kandungan estrogen dalam badan meningkat.estrogen ini memainkan peranan yang penting dalam pembesaran prostate.tapi,kenapa pentingnya BPH?semua orang mesti takut bila dengan pasal kanser.apa itu BPH?BPH adalah disebabkan oleh pembesaran prostate,yang mana akan mengakibatkan terganggunya salur kencing manusia.
untuk makluman,air kencing yang terhasil di pundi kencing(urinary bladder)akan dikeluarkan daripada badan melalui urethra.dari gambar,didapati urethra berada di dalam prostate.sekiranya prostate itu membesar,laluan urethra akan menyempit dan akan menggangu laluan kencing manusia.
apabila ini berlaku,sesorang lelaki tersebut akan mengalami masalah untuk kencing.dia akan berasa sakit ketika kencing(dysuria),dan memerlukan tenaga yang tinggi untuk kencing(hesistancy).Selain itu,jumlah air kencing yang keluar daripada badan adalah sedikit(oliguria) ataupun tiada langsung(anuria)sekiranya saluran itu tertutup sepenuhnya.Akibatnya,banyak air kencing yang terkumpul di dalam pundi kencing,dan akan menyebabkan pundi kencing membesar(distended). Keadaan ini akan menyebabkan pesakit berasa ingin kencing selalu.
untuk makluman,pundi kencing dihubungkan dengan buah pinggang melalui ureter.sekiranya terdapat backflow of urine(air kencing itu bergerak ke dalam ureter dari pundi kencing)ini akan menyebabkan inflamasi kepada buah pinggang dan akhirnya akan menyebabkan buah pinggang rosak.hmmm,bahaya kan?
jadi,apa yang perlu dilakukan?
sekiranya mengalami tanda-tanda seperti berikut,jom jumpa doktor secepat yang mungkin,sebab kita takut akan berlakunya kerosakkan pada buah pinggang.nanti doktor akan bagi sejenis ubat untuk mengurangkan penghasilan estrogen dalam badan.dan jika obstruction itu sangat teruk,pesakit akan kencing menggunakan catheter(satu alat untuk membantu pesakit kencing),dan dia akan masukkan sesuatu untuk mengembangkan kembali salur kencing pada kawasan tersebut.
-ilmu tanpa amal,ibarat pokok tidak berbuah-
0 comments:
Post a Comment