Friday, August 29, 2008

ada apa dengan asma????????

[asma]
dulu waktu kecil,aku kena asma.dalam bahasa kampung, depa panggil penat atau lelah. nak kata teruk mungkin la kut sebab kena makan ubat tiap-tiap hari.pastu lama-lama dah ok.unfortunately,time form 1 kena attack balik sampai kena pakai inhaler.ok,hari ni kita kongsi ilmu tentang asma.credit kepada faten untuk trigger dia =P.
apa itu asma?
asma adalah sejenis penyakit kronik disebabkan oleh inflamasi pada salur pernafasan.ciri-ciri penyakit asma:
  1. "type 1 hypersensitivity reaction"-
  2. airway limitation-salur penafasan tersumbat
  3. smooth muscle hyperplasia and hypertrophic gland

p/s:susahnya nak terangkan dalam bahasa melayu :(

kenapa asma boleh terjadi?

asma terjadi disebabkan 'inflammation" pada salur pernafasan seperti 'bronchiole'.selalu kalau kia tengpk orang kena asma,mungkin disebabkan oleh asap rokok,habuk dan sebagainya.benda-benda seperti ini kita kenali sebagai 'enviromental antigen'.bila antigen ini masuk ke dalam salur pernafasan manusia,sel T-2(salah satu sel yg terlibat dalam sistem pertahanan badan) akan di aktifkan.sel T akan membebaskan beberapa bahan kimia seperti IL-4,IL-5 dan juga IL-13.bahan-bahan kimia ini akan menyebabkan sel eosinofil berkumpul di tempat tersebut,antibodi IgE akan melekat pada sel mast dan mukus banyak dihasilkan.

sekiranya terdapat serangan antigen buat kali kedua,IgE yang melekat pada sel mast akan merembeskan bahan kimia.bahan-bahan kimia ini akan menyebabkan ruang-ruang di antara sel terbuka dan menyebabkan antigen akan lebih terdedah pada sel mast.selain itu,ia juga akan mengaktifkan parasympathetic activity dan menyebabkan 'bronchoconstriction'.bukan itu sahaja,akibat bahan kimia yg dibebaskan,akan menyebabkan salur darah 'increase vascular permeability' dan akhirnya menyebabkan mukus terhasil.

selain itu,sel-sel eosinofil juga akan menyebabkan kerosakan pada sel-sel yang terdapat pada salur pernafasan tersebut.

p/s:serius susahnya nak terang :(

credit to akre

pathogenesis of asma

apa tanda-tanda asma?

sesak nafas

  • berlaku akibat salur pernafasan yang tersumbat akibat bronchoconstriction,penghasilan mukus yang banyak serta 'hypertrophy of smooth muscle'
  • akibatnya,kekurangan oksigen dalam badan dan menyebabkan V/Q mismatch.
  • perkara ini akan menyebabkan pesakit itu akan sesak nafas dan tercungap-cungap
  • apabila pesakit ini bernafas,satu bunyi seperti berdesing(wheezing) akan kedengaran dan pesakit ini mengambil masa yang lama untuk menghembus nafas.

sakit dada

  • akibat salur pernafasan yang tersumbat,banyak CO2 berkumpul di dalam paru-paru.
  • justeru,paru-paru akan berkembang (hyperinflated daripada Xray)
  • sakit dada berlaku kerana paru-paru susah untuk berkembang(bayangkan macam belon yang sedang ditup besar,lagi banyak angin dalam belon,lagi susah nak tiup belon tu kan)

batuk berkahak

  • bagi batuk seperti ini,adalah disebabkan oleh peningkatan mukus yang banyak.mukus ini bersifat jernih dan pekat,menunjukkan kandungan eosinophil yang tinggi.
  • tidak seperti kahak bewarna kuning yang disebabkan oleh infeksi(infection) daripada bakteria.

nadi dan tekanan darah yang tinggi

  • saah satu cara untuk mengatasi masalah asma,akibat tindakan sympathetic.

FEV1 berkurang

  • adalah satu ujian untuk melihat kadar hembusan nafas seseorang.
  • akibat salur pernafasan yang tersumbat,FEV1 berkurang tetapi FVC masil dalam julat normal

apakah rawatan yang sesuai?

  • anti inflammation

corticosteroid(prednisolone),leukotrine inhibitor pathway(monteleukast),mast cell stabilizer(sodium cromoglycate),dan anti Ig E antibodi(omalizumab)

  • bronchodilator

anticholinergic(ipratropium bromide)methylxanthine,B2 receptor agonist(salbutamol,salbuterol)

p/s:wah!!!!!!!!!susahnya nak terang dalam bahasa melayu,

-ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah-

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 ainaa ismail. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan