Saturday, August 23, 2008

gestational diabetes




GESTATIONAL DIABETES


situasi

Pn A adalah seorang yang sihat sehinggalah beliau mengandung.Ketika kandungannya berusia 30 minggu,beliau disahkan oleh doktor menghidap penyakit diabetes.



Mungkin ramai yang pernah dengar tentang contoh situasi yang berlaku seperti di atas.Mengikut istilah perubatan,sekiranya seorang wanita mengandung dan disahkan menghidap kencing manis(diabetes) ketika mengandung,maka penyakit ini dikenali sebagai "Gestational Diabetes".

Kenapa boleh berlaku?

Seperti sedia maklum,fetus melekat pada uterus ibu melalui placenta.Placenta akan merembeskan hormone seperti "Hormon Placenta Lactogen" dan juga Cortisol bagi pertumbuhan fetus.Namun begitu,hormon-hormon ini bersifat anti-insulin iaitu menidakkan aktiviti insulin.Fungsi insulin yang sebenar ialah menukarkan glukosa yang berlebihan kepada glikogen.Jika aktiviti insulin tidak berlaku,glukosa akan berkumpul dan tinggi di dalam darah wanita tersebut.Jika glukosa melebihi paras normal,maka wanita tersebut menghidap kencing manis atau "impaired glucose tolerance".

Mengapa bahaya?

Jika glukosa ini tinggi,selain membahayakan si ibu,glukosa ini akan meresap masuk ke dalam badan fetus melalui placenta secara facilitated diffusion.Apabila ini berlaku,kandungan glukosa dalam darah fetus juga akan tinggi.Seterusnya,fisiologi badan fetus akan meningkatkan rembesan insulin bagi mengurangkan glukosa dalam badan fetus.Ketika dalam kandungan,fetus tidak akan mengalami masalah hypoglycaemia(kurang glukosa akibat aktiviti insulin) tetapi hal ini lebih darurat apabila lahir.Apabila lahir,bayi tidak lagi mendapat glukosa secara terus melalui ibu,maka sumber glukosa adalah berkurangan.Akibat aktiviti insulin yang tinggi dalam bayi,insulin akan menukarkan glukosa yang ada kepada glikogen,Ini akan menyebabkan hypoglycaemia pada bayi tersebut.

Selain itu,ketika masih dalam kandungan,akibat kuantiti glukosa yang tinggi,glukosa ini akan digunakan untuk tumbesaran bayi,maka bayi yang dilahirkan akan besar,dikenali sebagai macrosomia.




Komplikasi kepada ibu mengandung

  1. penglihatan kabur
  2. masalah buah pinggang
  3. penyakir koronari arteri
  4. jangkitan
  5. pre eclamspia
  6. thromboembolic disease

Komplikasi kepada bayi

  1. malformasi(sebab tidak diketahui)
  2. bayi besar
  3. masalah pernafasan
  4. hypoglycaemia
  5. polycythaemia(banyak Hb dalam darah)
  6. Penyakit kuning

Pencegahan

Seharusnya ibu mengandung perlu melakukan pemeriksaan yang berterusan secara berkala di klinik-klinik kesihatan yang terdekat.Sekiranya ibu-ibu mengalami masalah-masalah seperti di atas,seharusnya mendapatkan rawatan yang segera.

Selain bersenam(membantu untuk mudah beranak),diet yang sihat juga mampu mengurangkan risiko penyakit ini.


Rujukan:

obstetrics by ten teachers

www.diabetes.org/gestational-diabetes.jsp


-ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah-

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 ainaa ismail. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan