Thursday, August 28, 2008

tak datang period??????????

amenorrhoea
bila orang tak datang period,apa masalahnya?mesti semua ingat sebab orang tu datang haid kan.itu mungkin satu kemungkinan kalau dia ada history SI.tapi kalau takde takkan dia mengandung?macam mariam bonda kesayangan nabi isa?
Apa itu amenorrhoea?
amenorrhoea atau bahasa kampung dipanggil tidak datang haid lah...ada banyak sebab haid tak berlaku.ada orang tu dari kecil sampai kawin,haid tak pernah datang(especially lelaki la kan,hahaha langsung takde kaitan),dan ada orang tu haid semakin berkurangan dan langsung takde(dalam kes orang mengandung).
terdapat 2 jenis amenorrhoea
  1. primary
  • berlaku apabila seseorang itu tidak pernah menglami haid sejak lahir dan mungkin atau tidak mempunyai secondary sexual characteristic

2. secondary

  • berlaku apabila kitaran haid semakin berkurangan sekurang-kurangnya 6 bulan

secondary sexual characteristic

  • bahu yang sempit
  • punggung yang luas
  • pembesaran buah dada
  • pembentukan bulu pubis dll

kenapa boleh berlaku?

untuk tahu sebabnya,kita kena tahu dulu macam mana haid boleh berlaku.rasanya dah cerita dalam post sebelum ini.so,masalah akan berlaku pada mana-mana level,sama ada hipotalamus,pituitary,ovary,ataupun genitalia tract tersebut.

antara sebab-sebab yang boleh berlaku ialah:

  1. masalah hipotalamus

hipotalamus merembeskan hormon GnRH yang meransang rembesan FSH dan LH.sekiranya seseorang itu mengalami stress,penurunan berat mendadak dan juga bersukan secara berlebihan,ini akan menyebabkan gangguan pada rembesan hormon tersebut.(jom tanya atlet wanita,depa ada period satu tahun berapa kali?)Satu lagi adalah disebabkan oleh Kallman's syndrome(Hypogonadotropic hypogonadism)

2. masalah pituitari

pituitari berperanan untuk menghasilkan FSH dan LH.Sheehan's syndrome(necrosis of pituitary gland) dan juga prolactinoma akan menganggu remebesan FSH dan LH.prolactin sebagai contoh adalah anti-FSH dan LH hormon.Justeru,kandungan prolactin yang tinggi akan menyekat pituitari untuk merembeskan hormon FSH dan juga LH.

3. ovari

ovari merupakan kilang penghasilan telur(ovum).Kegagalan ovari untuk menghasilkan ovum akibat stok folikel yang sudah habis.(contoh dalam orang menopause)kadang-kadang ada jugak berlaku pada orang muda,macam kita,sel-sel folikel dah habis.mungkin disebabkan orang tu undergo chemotherapy,radiotherapy dan ada autoimmnue disease.(premature ovarian failure)

satu lagi adalah disebabkan oleh ovum yang resistant kepada FSH dan LH level.maksudnya,walaupun banyak FSH dan LH yang dirembeskan,ovary tak dapat kesan hormon-hormon ini,maka ovary rasa tak perlu kut nak hasilkan progesteron dan estrogen.

satu lagi disebabkan oleh ovary memang takda dalam badan perempuan itu.(gonadal dysgenesis)dalam kes Turner's syndrome.

4. trak sistem pembiakan yang bermasalah.

trak sistem pembiakan terdiri daripada tiub fallopio,uterus dan juga vagina.sekiranya terdapat masalah pada kawasan-kawasan ini,darah yang terbentuk tidak dapat mengalir keluar.

contohnya dalam kes transverse vagina septum,dimana septum yang terbentuk menghalang darah dari disingkirkan daripada badan.akibatnya,pesakit akan berasa sakit(senggugut) akibat uterus yang mengecut secara aktif bagi membuang darah tersebut.

ataupun dalam kes imperforated hymen.Hymen juga dikenali sebagai selaput darah,senipis kulit bawang yang terdapat pada sistem pembiakan wanita.sekiranya tiada lubang pada hymen,darah tidak dpt mengalir keluar daripada badan manusia.Perlu diingatkan,hymen terdapat beberapa bentuk,ada yang kecil dan yang besar.Jangan disangka seseorang itu hilang dara ataupun ditebuk tupai hanya kerana dia mempunyai lubang hymen yang besar.Cipataan Allah terlampau unik dan complicated.

dan sebab lain tak datang haid adalah sebab uterus memang takde dalam badan perempuan tersebut.Contohnya dalam kes Rokitansky syndrome,dimana uterus,vagina dan fallopian tiub tak terbentuk akibat Paramesonephric duct agenesis.so kalau takda uterus,dari mana nak datang haid kan?

-harap membantu pemahaman sahabat-sahabat yang lain.Pemahaman lebih mudah dengan bantuan gambar-gambar.minta inisiatif sendiri untuk merujuk gambar dari buku.-

-ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah-

2 comments:

Aiman Mardhiyyah said...

hoho!!!
bagus2.
teruskan usaha anda!

ainaa ismail said...

alhamdulillah

Post a Comment

 
Copyright 2009 ainaa ismail. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan