Monday, August 25, 2008

hari interaksi dan integrasi persatuan






hari interaksi dan integrasi persatuan


alhamdulillah,setelah hampir setahun memulas otak,membanting keringat,projek yang sangat menjadi bebanan dalam hidup akhirnya selesai.walaupun ini merupakan program julung-julung kali diadakan
jawatan kuasa IIP 08

namun begitu sambutan amat menggalakkan terutama dalam acara Malam 1001 kenangan 1 harapan. cuma apa yang disedihkan adalah penglibatan pelajar-pelajar tahun satu yang amat sedikit bilangannya. adakah salah penggerak publisiti,ataupun para pelajar mempunyai agenda yang lain?

"tingkatkan promosi,tak ramai yg hadir",kata azizi.
aku terima komen azizi dengan dada yang sangat terbuka.tidak pernah timbul rasa marah. bagi aku,memang betul apa yang dikatakannya. namun,aku hanya insan yang hina,aku tidak mampu melakukan semua kerja,pengarah projek sibuk berexam,timb projek menetap diluar,untuk aku menggalas semua tugas,aku sangat tidak mampu.mungkin semua masalah itu adalah disebabkan oleh kelemahan diri ini.


untuk program ini,aku diamanahkan untuk memegang portfolio setiausaha selaku wakil dari persatuan sains perubatan.untuk berkata tidak,bukan bidang kuasa aku kerna ini adalah persetujuan YDP-YDP beberapa persatuan.Namun begitu,aku sangat berkecil hati dengan kerjasama yang diberikan oleh beberapa persatuan terutama persatuan utama yang menganjurkan program ini.bagaikan melepaskan batuk ditangga.argh,pemimpin apabila dipilih dari orang yang tidak sepatutnye,bak kata naim,kroni.namun,aku memang salute pada z.walaupun sibuk berexam dan family agm dia masih lagi menggalas tanggungjawab ini.kalau aku dah lama fikir nak letak jawatan.
sebenarnya,aku terfikir apa tugas sebenar seorang setiausaha?sepanjang aku tahu,setiausaha menyiapkan surat,laporan and beberapa perkara sahaja.dan dalam mesyuarat,setiausaha tidak punya hak untuk berkata..itu mungkin dari segi kerja sebagai setiausaha di pejabat kut..entahlah,tepuk dada,bukak buku.

walaupun program dah habis,aku terfikir,adakah aku sudah melakukan segala amanah yang telah diberikan?Moga aku tidak ditanya soalan ini pada akhirat kelak..

Ya Allah,aku memohon perlindungan dariMU di dunia da di akhirat.
-mencari kesilapan diri ini-

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 ainaa ismail. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan