[KITARAN HAID]
dulu masa matrik,pernah terfikir,kalau perempuan capai akil baligh,dia akan datang haid.tapi bagi lelaki dalam islam,dia akan ada mimpi.tapi kalau orang bukan islam,apa tanda dia?cikgu dulu pernah terangkan dekat seorang chinese student,kemudian dia tanya balik,mimpi apa?kalau mengikut perubatan,tanda bagi seorang lelaki itu matang adalah pertumbuhan bulu pubis dan juga testis yang semakin membesar.
ok,berbalik kepada tajuk asal,jom kita buat ulangkaji tentang kitaran haid normal manusia.
Apa itu kitaran haid?
kitaran haid bermula dari hari pertama seseorang itu haid sehinggalah haid pada bulan seterusnya. Secara purata,satu kitaran haid yang lengkap ialah 28 hari dan seseorang itu mengalami haid selama 7 hari.
Kenapa haid boleh terjadi?
Haid berlaku disebabkan oleh runtuhnya dinding endometrium disebabkan oleh kekurangan hormon progesteron(salah satu hormon yang penting dalam badan seorang perempuan).Hormon progesteron memainkan peranan yang penting untuk mengekalkan ketebalan dinding endometrium bagi membantu implantasi bagi zigot.Justeru,banyak salur-salur darah yang terbentuk disekitar dinding endometrium.Akibat ketiadaan hormon progesteron,dinding endometrium runtuh,begitu juga salur darah dan juga sel-sel yang lain.
Bagaimana satu kitaran haid yang lengkap?
kitaran haid bermula pada hari pertama seseorang itu datang haid.Pada waktu itu,hormone GnRH di hipotalamus akan meransang supaya kelenjar pituitari merembeskan hormon FSH dan LH.Hormon LH menyebabkan sel Theca di ovari untuk menghasilkan androgen dari kolesterol.Manakala hormon FSH menukarkan androgen kepada estrogen.Selain itu,FSH juga meransang proliferasi sel folikel.Sel-sel folikel ini akan berproliferasi sehingga membentuk sel folikel yang matang.Dalam masa yang sama,estrogen yang terhasil akan memainkan peranan untuk membaiki dinding endometrium yang runtuh.Rembesan estrogen yang banyak menyebabkan "surge of LH".Akibatnya,ovulasi berlaku.Ovulasi adalah pembebasan ovum daripada Graffian folikel yang terdapat pada ovari.Graffian folikel kemudiannya membentuk korpus luteum.Korpus luteum merembeskan hormon progesteron.Progesteron ini akan memaintainkan ketebalan dinding endometrium bagi membantu implantasi zigot.Korpus luteum akan sentiasa merembeskan hormon ini selama 14 hari sehinggalah plasenta terbentuk.sekiranya plasenta tidak terbentuk,korpus luteum akan mati,maka hilanglah sumber progesterone.maka, dinding endometrium runtuh,dan haid bagi kitaran seterusnya berlaku.
Kenapa sengugut ketika haid?
Sengugut atau dysmenorrhoea berlaku disebabkan oleh prostaglandin yang berlebihan dan juga banyak salur darah di situ.Selain itu,sekiranya seseorang itu mengalami pendarahan yang banyak terutama pada awal-awal kitaran haid,uterus akan mengecut(contract extensively) untuk menbuang darah-darah yang berkumpul di uterus.Hal ini kerana,pada waktu itu,uterus telah menganggap darah itu adalah benda asing pada badan manusia.Sebab tula orang perempuan selalu sengugut waktu awal-awal haid kan =P
ditulis berdasarkan pemahaman melalui pembacaan.semoga entry ini membantu pemahaman diri ini dan juga sahabat-sahabat yang lain
-ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah-
0 comments:
Post a Comment