Sunday, August 31, 2008
selamat datang ramadan
"sakit rumah"
raya 2007 bersama fatini yang sentiasa menyibuk
gambar lepas balik sembahyang raya
anis buat-buat pandai jaga adik
sesi memohon maaf selepas setahun,we never serious!
dari bapak sampai anak!
anis jeles gambar dia takda,sapa suruh ponteng sembahyang raya
Saturday, August 30, 2008
benign prostate hyperplasia dan lelaki
kenapa pentingnya BPH dan lelaki?pernah dengarkan kisah kematian allahyarham Tan Sri Megat JUnid disebabkan oleh kanser prostate?sebenarnya,bila seseorang lelaki tu semakin meningkat umur,prostate mereka akan membesar dan berisiko menyebabkan BPH dan juga kanser prostate.apa kaitan dengan umur?semakin meningkat umur,kandungan estrogen dalam badan meningkat.estrogen ini memainkan peranan yang penting dalam pembesaran prostate.tapi,kenapa pentingnya BPH?semua orang mesti takut bila dengan pasal kanser.apa itu BPH?BPH adalah disebabkan oleh pembesaran prostate,yang mana akan mengakibatkan terganggunya salur kencing manusia.
Friday, August 29, 2008
ada apa dengan asma????????
- "type 1 hypersensitivity reaction"-
- airway limitation-salur penafasan tersumbat
- smooth muscle hyperplasia and hypertrophic gland
p/s:susahnya nak terangkan dalam bahasa melayu :(
kenapa asma boleh terjadi?
asma terjadi disebabkan 'inflammation" pada salur pernafasan seperti 'bronchiole'.selalu kalau kia tengpk orang kena asma,mungkin disebabkan oleh asap rokok,habuk dan sebagainya.benda-benda seperti ini kita kenali sebagai 'enviromental antigen'.bila antigen ini masuk ke dalam salur pernafasan manusia,sel T-2(salah satu sel yg terlibat dalam sistem pertahanan badan) akan di aktifkan.sel T akan membebaskan beberapa bahan kimia seperti IL-4,IL-5 dan juga IL-13.bahan-bahan kimia ini akan menyebabkan sel eosinofil berkumpul di tempat tersebut,antibodi IgE akan melekat pada sel mast dan mukus banyak dihasilkan.
sekiranya terdapat serangan antigen buat kali kedua,IgE yang melekat pada sel mast akan merembeskan bahan kimia.bahan-bahan kimia ini akan menyebabkan ruang-ruang di antara sel terbuka dan menyebabkan antigen akan lebih terdedah pada sel mast.selain itu,ia juga akan mengaktifkan parasympathetic activity dan menyebabkan 'bronchoconstriction'.bukan itu sahaja,akibat bahan kimia yg dibebaskan,akan menyebabkan salur darah 'increase vascular permeability' dan akhirnya menyebabkan mukus terhasil.
selain itu,sel-sel eosinofil juga akan menyebabkan kerosakan pada sel-sel yang terdapat pada salur pernafasan tersebut.
p/s:serius susahnya nak terang :(
credit to akre
pathogenesis of asma
apa tanda-tanda asma?
sesak nafas
- berlaku akibat salur pernafasan yang tersumbat akibat bronchoconstriction,penghasilan mukus yang banyak serta 'hypertrophy of smooth muscle'
- akibatnya,kekurangan oksigen dalam badan dan menyebabkan V/Q mismatch.
- perkara ini akan menyebabkan pesakit itu akan sesak nafas dan tercungap-cungap
- apabila pesakit ini bernafas,satu bunyi seperti berdesing(wheezing) akan kedengaran dan pesakit ini mengambil masa yang lama untuk menghembus nafas.
sakit dada
- akibat salur pernafasan yang tersumbat,banyak CO2 berkumpul di dalam paru-paru.
- justeru,paru-paru akan berkembang (hyperinflated daripada Xray)
- sakit dada berlaku kerana paru-paru susah untuk berkembang(bayangkan macam belon yang sedang ditup besar,lagi banyak angin dalam belon,lagi susah nak tiup belon tu kan)
batuk berkahak
- bagi batuk seperti ini,adalah disebabkan oleh peningkatan mukus yang banyak.mukus ini bersifat jernih dan pekat,menunjukkan kandungan eosinophil yang tinggi.
- tidak seperti kahak bewarna kuning yang disebabkan oleh infeksi(infection) daripada bakteria.
nadi dan tekanan darah yang tinggi
- saah satu cara untuk mengatasi masalah asma,akibat tindakan sympathetic.
FEV1 berkurang
- adalah satu ujian untuk melihat kadar hembusan nafas seseorang.
- akibat salur pernafasan yang tersumbat,FEV1 berkurang tetapi FVC masil dalam julat normal
apakah rawatan yang sesuai?
- anti inflammation
corticosteroid(prednisolone),leukotrine inhibitor pathway(monteleukast),mast cell stabilizer(sodium cromoglycate),dan anti Ig E antibodi(omalizumab)
- bronchodilator
anticholinergic(ipratropium bromide)methylxanthine,B2 receptor agonist(salbutamol,salbuterol)
p/s:wah!!!!!!!!!susahnya nak terang dalam bahasa melayu,
-ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah-
alhamdulillah
Thursday, August 28, 2008
takda kerja cari kerja!
tak datang period??????????
- primary
- berlaku apabila seseorang itu tidak pernah menglami haid sejak lahir dan mungkin atau tidak mempunyai secondary sexual characteristic
2. secondary
- berlaku apabila kitaran haid semakin berkurangan sekurang-kurangnya 6 bulan
secondary sexual characteristic
- bahu yang sempit
- punggung yang luas
- pembesaran buah dada
- pembentukan bulu pubis dll
kenapa boleh berlaku?
untuk tahu sebabnya,kita kena tahu dulu macam mana haid boleh berlaku.rasanya dah cerita dalam post sebelum ini.so,masalah akan berlaku pada mana-mana level,sama ada hipotalamus,pituitary,ovary,ataupun genitalia tract tersebut.
antara sebab-sebab yang boleh berlaku ialah:
- masalah hipotalamus
hipotalamus merembeskan hormon GnRH yang meransang rembesan FSH dan LH.sekiranya seseorang itu mengalami stress,penurunan berat mendadak dan juga bersukan secara berlebihan,ini akan menyebabkan gangguan pada rembesan hormon tersebut.(jom tanya atlet wanita,depa ada period satu tahun berapa kali?)Satu lagi adalah disebabkan oleh Kallman's syndrome(Hypogonadotropic hypogonadism)
2. masalah pituitari
pituitari berperanan untuk menghasilkan FSH dan LH.Sheehan's syndrome(necrosis of pituitary gland) dan juga prolactinoma akan menganggu remebesan FSH dan LH.prolactin sebagai contoh adalah anti-FSH dan LH hormon.Justeru,kandungan prolactin yang tinggi akan menyekat pituitari untuk merembeskan hormon FSH dan juga LH.
3. ovari
ovari merupakan kilang penghasilan telur(ovum).Kegagalan ovari untuk menghasilkan ovum akibat stok folikel yang sudah habis.(contoh dalam orang menopause)kadang-kadang ada jugak berlaku pada orang muda,macam kita,sel-sel folikel dah habis.mungkin disebabkan orang tu undergo chemotherapy,radiotherapy dan ada autoimmnue disease.(premature ovarian failure)
satu lagi adalah disebabkan oleh ovum yang resistant kepada FSH dan LH level.maksudnya,walaupun banyak FSH dan LH yang dirembeskan,ovary tak dapat kesan hormon-hormon ini,maka ovary rasa tak perlu kut nak hasilkan progesteron dan estrogen.
satu lagi disebabkan oleh ovary memang takda dalam badan perempuan itu.(gonadal dysgenesis)dalam kes Turner's syndrome.
4. trak sistem pembiakan yang bermasalah.
trak sistem pembiakan terdiri daripada tiub fallopio,uterus dan juga vagina.sekiranya terdapat masalah pada kawasan-kawasan ini,darah yang terbentuk tidak dapat mengalir keluar.
contohnya dalam kes transverse vagina septum,dimana septum yang terbentuk menghalang darah dari disingkirkan daripada badan.akibatnya,pesakit akan berasa sakit(senggugut) akibat uterus yang mengecut secara aktif bagi membuang darah tersebut.
ataupun dalam kes imperforated hymen.Hymen juga dikenali sebagai selaput darah,senipis kulit bawang yang terdapat pada sistem pembiakan wanita.sekiranya tiada lubang pada hymen,darah tidak dpt mengalir keluar daripada badan manusia.Perlu diingatkan,hymen terdapat beberapa bentuk,ada yang kecil dan yang besar.Jangan disangka seseorang itu hilang dara ataupun ditebuk tupai hanya kerana dia mempunyai lubang hymen yang besar.Cipataan Allah terlampau unik dan complicated.
dan sebab lain tak datang haid adalah sebab uterus memang takde dalam badan perempuan tersebut.Contohnya dalam kes Rokitansky syndrome,dimana uterus,vagina dan fallopian tiub tak terbentuk akibat Paramesonephric duct agenesis.so kalau takda uterus,dari mana nak datang haid kan?
-harap membantu pemahaman sahabat-sahabat yang lain.Pemahaman lebih mudah dengan bantuan gambar-gambar.minta inisiatif sendiri untuk merujuk gambar dari buku.-
-ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah-
Wednesday, August 27, 2008
kitaran haid normal
Monday, August 25, 2008
hari interaksi dan integrasi persatuan
untuk program ini,aku diamanahkan untuk memegang portfolio setiausaha selaku wakil dari persatuan sains perubatan.untuk berkata tidak,bukan bidang kuasa aku kerna ini adalah persetujuan YDP-YDP beberapa persatuan.Namun begitu,aku sangat berkecil hati dengan kerjasama yang diberikan oleh beberapa persatuan terutama persatuan utama yang menganjurkan program ini.bagaikan melepaskan batuk ditangga.argh,pemimpin apabila dipilih dari orang yang tidak sepatutnye,bak kata naim,kroni.namun,aku memang salute pada z.walaupun sibuk berexam dan family agm dia masih lagi menggalas tanggungjawab ini.kalau aku dah lama fikir nak letak jawatan.
Saturday, August 23, 2008
gestational diabetes
GESTATIONAL DIABETES
situasi
Pn A adalah seorang yang sihat sehinggalah beliau mengandung.Ketika kandungannya berusia 30 minggu,beliau disahkan oleh doktor menghidap penyakit diabetes.
Mungkin ramai yang pernah dengar tentang contoh situasi yang berlaku seperti di atas.Mengikut istilah perubatan,sekiranya seorang wanita mengandung dan disahkan menghidap kencing manis(diabetes) ketika mengandung,maka penyakit ini dikenali sebagai "Gestational Diabetes".
Kenapa boleh berlaku?
Seperti sedia maklum,fetus melekat pada uterus ibu melalui placenta.Placenta akan merembeskan hormone seperti "Hormon Placenta Lactogen" dan juga Cortisol bagi pertumbuhan fetus.Namun begitu,hormon-hormon ini bersifat anti-insulin iaitu menidakkan aktiviti insulin.Fungsi insulin yang sebenar ialah menukarkan glukosa yang berlebihan kepada glikogen.Jika aktiviti insulin tidak berlaku,glukosa akan berkumpul dan tinggi di dalam darah wanita tersebut.Jika glukosa melebihi paras normal,maka wanita tersebut menghidap kencing manis atau "impaired glucose tolerance".
Mengapa bahaya?
Jika glukosa ini tinggi,selain membahayakan si ibu,glukosa ini akan meresap masuk ke dalam badan fetus melalui placenta secara facilitated diffusion.Apabila ini berlaku,kandungan glukosa dalam darah fetus juga akan tinggi.Seterusnya,fisiologi badan fetus akan meningkatkan rembesan insulin bagi mengurangkan glukosa dalam badan fetus.Ketika dalam kandungan,fetus tidak akan mengalami masalah hypoglycaemia(kurang glukosa akibat aktiviti insulin) tetapi hal ini lebih darurat apabila lahir.Apabila lahir,bayi tidak lagi mendapat glukosa secara terus melalui ibu,maka sumber glukosa adalah berkurangan.Akibat aktiviti insulin yang tinggi dalam bayi,insulin akan menukarkan glukosa yang ada kepada glikogen,Ini akan menyebabkan hypoglycaemia pada bayi tersebut.
Selain itu,ketika masih dalam kandungan,akibat kuantiti glukosa yang tinggi,glukosa ini akan digunakan untuk tumbesaran bayi,maka bayi yang dilahirkan akan besar,dikenali sebagai macrosomia.
Komplikasi kepada ibu mengandung
- penglihatan kabur
- masalah buah pinggang
- penyakir koronari arteri
- jangkitan
- pre eclamspia
- thromboembolic disease
Komplikasi kepada bayi
- malformasi(sebab tidak diketahui)
- bayi besar
- masalah pernafasan
- hypoglycaemia
- polycythaemia(banyak Hb dalam darah)
- Penyakit kuning
Pencegahan
Seharusnya ibu mengandung perlu melakukan pemeriksaan yang berterusan secara berkala di klinik-klinik kesihatan yang terdekat.Sekiranya ibu-ibu mengalami masalah-masalah seperti di atas,seharusnya mendapatkan rawatan yang segera.Selain bersenam(membantu untuk mudah beranak),diet yang sihat juga mampu mengurangkan risiko penyakit ini.
Rujukan:
obstetrics by ten teachers
www.diabetes.org/gestational-diabetes.jsp
-ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah-
Friday, August 22, 2008
a hand to lead,a heart to care
red ribbon charity dinner,hotel renaissance
accomodation team
tahniah diucapkan kepada semua tenaga kerja yang bekerja tanpa memikirkan exam dan sebagainya.semoga usaha kita ini mendapat keberkatan daripada Allah.
Thursday, August 21, 2008
aku seorang blogger
"blogger"
apa itu blogger?entah,mungkin seorang penulis blog,
itu adalah definisi bagi aku,entah betul entah tak,sapa peduli,hak aku untuk menulis
malaysia punya hak asasi tersendiridan kenapa aku tulis blog?
"tepuk dada,tanya hati la"dah tepuk,hati tak jawab nak buat macam manasemoga aku mencari jawapan nya suatu hari nantiamir lukman,kg tawang,kelantan
-mencari yang satu-