Friday, October 30, 2009

bengong!

ok,now im totally mad!!!

ko ingat ko kerja kat jabatan agama,ko ada hak ke nak malukan orang?
apa hak ko nak malukan orang IVDU?depa pun manusia jugak.hamba Allah.awat,hang ingat darjat hang besaq sangat ka?jangan sombongla!!!!!

hidup ni ibarat roda,suatu hari kena kat diri sendiri baru tau:P

Thursday, October 29, 2009

syukur

yeah,
we are very lucky,
we pass the surgery posting,
even though we need to seat for VIVA
but,still Allah give us the chance to change it,
alhamdulillah,most of us pass the VIVA.

now,im thinking,
we dont have the chance to re-do our amal if we are in neraka,

Ya Allah,forgive us,
let's make use our lifetime especially friday;penghulu segala hari.

Wednesday, October 28, 2009

Mistakes and failures are good

When you are young you just try things and fail until you learn. As you grow a bit older, you learn from - for example - school to not make mistakes. And you try less and less things.

This may cause you to stop being proactive and to fall into a habit of being reactive, of waiting for someone else to do something. I mean, what if you actually tried something and failed? Perhaps people would laugh at you?

Perhaps they would. But when you experience that you soon realize that it is seldom the end of the world. And a lot of the time people don’t care that much. They have their own challenges and lives to worry about.

And success in life often comes from not giving up despite mistakes and failure. It comes from being persistent.

When you first learn to ride your bike you may fall over and over. Bruise a knee and cry a bit. But you get up, brush yourself off and get on the saddle again. And eventually you learn how to ride a bike. If you can just reconnect to your 5 year old self and do things that way - instead of giving up after a try/failure or two as grown-ups often do – you would probably experience a lot more interesting things, learn valuable lessons and have quite a bit more success.

Don’t beat yourself up.

Why do people give up after just few mistakes or failures? Well, I think one big reason is because they beat themselves up way too much. But it’s a kinda pointless habit. It only creates additional and unnecessary pain inside you and wastes your precious time. It’s best to try to drop this habit as much as you can.

from:d.r.l.k.m

p/s:waaaaaaaaaaa,sayang dia.hehehe

Monday, October 26, 2009

mati itu pasti

hari-hari kita terbuai dengan segala kesibukkan dunia,
dan kadangkala melihat kematian di A&E adalah normal,
tapi pernahkah kita terfikir bagaimana malaikat izrail mencabut nyawa mereka di A&E dan sebagainya,
penderitaan ketika mengahdapi sakaratul maut itu,
dan pernahkah kita berfikir adakah kita bersedia?
Ya Allah......

"matikan kami dalam iman,matikan kami dengan menyebut namaMu Ya Allah"

Sunday, October 18, 2009

rumble kosong

Burp..burp...burp
alhamdulillah,baru lepas makan nasi goreng belacan yang YUMMY
ahaks,thanks kakpah:P

by the way,the new week starts tomorrow.
hope everything goes fine
semoga apa yang dirancang berjaya,
segala requirement dapat disiapkan
tak kiralah mana-mana posting pun
yang penting,niatkan menuntut ilmu kerana Allah(bersihkan hati,bukan sebab doktor garang=)

selamat datang MINGGU BARU:p

Friday, October 16, 2009

Melayu kurang yakin diri: Musa

Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata biarpun orang Melayu sudah boleh diterima sebagai masyarakat terpelajar, matang dan berkebolehan dalam pelbagai profesion tetapi mereka masih lagi kekurangan daripada segi keyakinan terhadap kebolehan sendiri.

"Saya memang insaf dan sedar bahawa banyak lagi kekurangan dan masih jauh harus dijalani tetapi kalaulah mentaliti dan psikologi kita masih negatif, diiringi oleh helah 'tidak boleh', tak bolehlah kita," katanya dalam ucapan balasnya setelah menerima ijazah kehormat Doktor Kerajaan dan Politik daripada Universiti Teknologi Mara di Shah Alam hari ini.

Ijazah itu dianugerahkan kepada beliau oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Canselor UiTM pada istiadat konvokesyen ke-71 universiti itu.

Musa berkata mentaliti "tidak boleh" ini jelas nampak apabila para pemikir Melayu dan para penganjur Melayu tidak habis-habis menggunakan hujah seperti "habislah Melayu," dan "apalah nak jadi kepada Melayu" apabila menghadapi isu-isu negara.

Sebagai penyelesaian pula, katanya, dicadangkan konsep "ketuanan Melayu" tetapi sejarah dunia moden membuktikan bahawa konsep "master race" atau "ketuanan ras" telah gagal apatah lagi apabila menghadapi persaingan daripada mereka yang kukuh serta tinggi tahap pengetahuan dan pintar dalam pelbagai ilmu khususnya sains dan teknologi.

"Pada saya, kalaulah hendak kita cari slogan bersesuaian, terminologi 'Keterasan Melayu' lebih baik dan lebih sesuai sebagai konsep asas masyarakat Malaysia yang diidamkan oleh rakyat pada masa ini," kata Musa.

Ketika mengimbas kembali satu sesi soal jawab beliau dengan seorang pelajar Universiti Malaya pada tahun 1960-an yang menggesa supaya hak istimewa orang Melayu dipastikan berkekalan dalam perlembagaan negara, Musa berkata:

"Di samping saya menegaskan bahawa perkara itu suduhpun cukup termaktub dalam perlembagaan, saya telah sengaja mencabar anak-anak Melayu kita waktu itu dengan mengatakan bahawa orang Melayu harus berasa malu kalau mereka seumur hidup mendapat kedudukan istimewa dalam apa bidang pun semata-mata kerana faktor mereka Melayu."

Katanya beliau telah menunggu sekian lama ketika bila orang Melayu dengan penuh bangga akan berkata "saya Melayu tetapi saya berjaya kerana saya berkebolehan dan berkelulusan dan tidak takut bersaing dengan sesiapapun".

"Alhamdulillah, pada hemat saya, masanya telah pun tiba," kata Musa.

Beliau juga menasihatkan graduan supaya tidak lagi menuntut sesuatu berasas kepada emosi dan sentimen tetapi haruslah berasas kepada ilmu, kelulusan, kebolehan dan pengetahuan berasas kepada keyakinan dan iman.

"Seperkara lagi, janganlah semasa di menara gading mereka mengecam kesalahan pemimpin seperti salah guna kuasa dan rasuah tetapi apabila mereka mempunyai kedudukan tinggi mereka lupa segalanya.

"Janganlah hendaknya kita sendiri menjadi jaguh korupsi dan penyalahguna kuasa dengan tidak mempunyai perasaan insaf dan takwa," katanya. BERNAMA

p.s:im totally agree with him
p.s.s:dont make everything lokk complicated.and kurangkan mengeluh:P

Wednesday, October 14, 2009

the secret



i just finished cleaning my room just now.Erk,and i found my orthopedic dream which i wrote a few days before the orthopaedic posting started.Oh my!!one of the points was "Mendapat supervisor and team yang banyak mengajar"Now,i'm laughing at myself.Oh,doa sangat termakbul.LOL.jihad akhbar betul.lawan perasaan marah dan emosi juga.ok sekarang tengah senyum sampai ada ear-mouth fistula.LOL

p.s:we can get what we imagine.and please pecahkan that BARRIER.
p.s.s:My favourite MMED students will have their exam around november.Semoga dipermudahkan segala urusan mereka.Dr.Muhammad,Dr Izani,Dr Farique,Dr Azhar,Dr Sasi.Ameen

Tuesday, October 13, 2009

you are wrong!



IM NOT THAT BAD.
IM NOT LAZY
IM NOT STUPID
IM NOT RUBBISH
I'LL PROVE IT ONE DAY!

i might cry today because of you,

and i might cry again when i succeed one day,
also because of you and blessed by Allah.


that will be my promise!

p/s:i hate when someone look at me as a lousy person.You challenge me,and im not going to give up on that!

Monday, October 5, 2009

alhamdulillah

Assalamualaikummmmmmmmmmmmmmmmmmmm

alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

alhamdulillahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

the first 3 days of orthopeadic posting are totally killing me.But,yes,life must go on.Nak taknak,u need to face the obstacles.Being posted in S.P.O.R.T team was the first thing that made my life horrible.Then,the seminar that need to present on the second day.Ya Allah,i dont have any idea about fracture management.we tried our best,but unfortunately,we were having difficulty to explain to others.POOR ME.Yup,i feel very worse with that part.Rasa maca bodoh sangat.Still,life must go on.Cheers.I'll try to fix it later.Give me time to breath first.

like alia said,i need to be grateful,eventhough i have so many things to do(banyakke),i still have the courage to do it as best as i can.others might run away.So,thanks alia for reminder.

ok,now nak pegi clerk patient untuk present clinical teaching tomorrow.Smile:P

p.s:SPORT team is not that bad,plus he is cute.hehehe

p.s.s:geram melihat diri sendiri yang suka mengeluh,owh ye,yang lain jangan mengeluh sangat,ramai lagi yang lagi horrible dari kita.*sigh*mengeluh lagi:P

Saturday, October 3, 2009

TERASING

Assalamualaikum

Semalam baru habis baca novel TERASING karya Hilal Ashraf.Mungkin novel itu tak sebagus Tautan Hati dan Syabab( kerana jalan cerita yang boleh diagak),tetapi banyak perkara yang boleh dipelajari daripada penulis terutama sekali ukhwah dan erti persahabatan.

Apa erti sahabat?Ada orang cakap sahabat itu menangis dan ketawa bersama kita.

Tetapi Hilal mengungkapkan erti sahabat adalah ukhwah kerana Allah.

  • Adakah kita berdoa untuk kesejahteraan sahabat kita atau hanya berdoa untuk diri sendiri semata-mata?
  • Adakah kita pernah menghulurkan tangan ketika sahabat terjatuh,atau meluruskan ketika dia bengkok?
Dan kita juga seharusnya tidak menghukum dan meninggalkan mereka walaupun mereka telah jauh daripada cahayaNYA.Iman itu ada turun dan naik.mungkin hari ni tahap kita sangat tinggi dan dia rendah.Mana tahu suatu hari nanti akan menjadi sebaliknya?Dan ketika itu,mungkin sahabat yang akan menghulurkan tangan untuk kita.

p/s:to my dearest special best friends.im sorry if i forget u in my doa,im sorry if i forget to remind you about amar makruf nahi munkar(doesnt mean u dont know,but as a reminder),im sorry if i couldnt be a best friend for u.Yes,please forgive me.

p.s.s:thanks for giving me such a big reminder.alhamdulillah.

Friday, October 2, 2009

subuh gajah

owh,it is saturday people!tomorrow the new chapter begin.good luck.

owh i found this Q&A session,which i think very useful for us.maybe for me only.having a single room sometimes quite bad.

shot:P

Question

Ana rasa ramai yang tahu tentang subuh gajah. Ianya berlaku berleluasa sekarang nih dikalangan remaja. Ini kerana suka tido lewat dah nak dekat subuh baru tido. Pastuh bangun selepas waktu subuh habis kalo bangun lewat sampai waktu subuh dah berlalu lebih dari1 jam. Macam mana ye?

Answer

Assalamu'alaikum..

sebenarnya masalah ini bukan berlaku di malaysia sahaja. Kalau di Jordan, kami menghadapi masalah musim sejuk, dan juga waktu malam yang kadangkala pendek, dan kadangkala panjang. Jadi bangkit subuh gajah ni, jika kita tidak melakukan beberapa persediaan, maka pastinya akan berlaku.

Hakikatnya, bangkit subuh ini adalah bukti cinta kita kepada ALLAH. Kita sebenarnya berperang dengan nafsu hendak tidur, kemalasan, dan kesejukan ketika pagi. Tambahan, syaitan akan berusaha bermati-matian untuk membuatkan kita tidak bangkit.

Justeru, mu'min yang baik akan membuat persediaan.

Jika kita tahu bahawa kita akan bangun lewat jika tidur lewat, maka kenapa kita mesti hendak tidur lewat? Sepatutnya, sebelum tidur lagi, kita sudah berfikir bagaimana aku hendak bangkit subuh esok?

Mu'min yang benar cintanya kepada ALLAH, akan bersedia. Sebelum tidur, dia sudah berniat untuk bangun awal, selain dia menyediakan jam loceng sebagai usaha, dan juga mungkin berpesan kepada rakan untuk mengejutkannya. Jika dia sudah berusaha sedemikian rupa, kemudian ALLAH izin dia tetap terbangun lewat, maka itu barulah bukan kesalahannya. Mungkin hari itu ALLAH hendak memberikan bonus kepadanya. Tetapi kalau sudah sampai berhari-hari asyik subuh gajah, maka dia perlu muhasabah, di manakah silapnya, apakah dosanya terlalu banyak sehingga dia sukar bangun subuh dan sebagainya… Mu'min yang sensitif pasti akan merasa risau dengan keadaannya yang sering bangun lewat, dan akan sentiasa berfikir bagaimana hendak memperbaiki dirinya.

Subuh qada'?

Sebenarnya, qada' solat ini tidak ada jika kita tinggalkannya secara sengaja. Tetapi ramai yang salah faham perkara ini.

Kita tidak boleh, jika terbangun lewat, kemudian menqada' subuh selepas zuhur, melainkanlah, kita terbangun lewat, sehingga waktu zuhur telah masuk. Jika subuh pukul 6.00 pagi, kita terbangun lewat pukul 11.00 pagi(ini situasi malaysia ya.. kalau di Jordan, 11.00 pagi sama dengan 1.30 petang gayanya.. dah dekat Zuhur)… maka kita wajib terus bangun dari katil, pergi mengambil wudhu' dan melaksanakan solat subuh ketika itu juga tanpa melewat-lewatkannya.

Pernah terjadi satu persitiwa,

Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.

Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.

Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).

Nampak? Mana ada Rasulullah tangguh sampai lepas Zuhur?

Bangun kerana kelas? MasyaALLAH… ALLAH jugalah yang memberikan kita tambahan nyawa untuk hari ini. Kenapa mesti bangun kerana kelas pula? Hidup ini untuk ALLAH, belajar itu pun untuk ALLAH. Maka kenapa kita mesti hendak melupakan subuh yang telah ALLAH syariatkannya menjadi salah satu dari lima solat fardhu kita?

Sebenarnya, kalau sengaja bangun lewat ini(yakni sengaja meninggalkan solat,) maka besar dosanya.

Rasulullah SAW bersabda,


” Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia telah kafir dengan jelasnya”

setakat itu sahaja daripada saya..

~yg ingin memperingatkan dirinya juga…

Hilal Asyraf

 
Copyright 2009 ainaa ismail. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan