owh i found this Q&A session,which i think very useful for us.maybe for me only.having a single room sometimes quite bad.
shot:P
Question
Ana rasa ramai yang tahu tentang subuh gajah. Ianya berlaku berleluasa sekarang nih dikalangan remaja. Ini kerana suka tido lewat dah nak dekat subuh baru tido. Pastuh bangun selepas waktu subuh habis kalo bangun lewat sampai waktu subuh dah berlalu lebih dari1 jam. Macam mana ye?
Answer
Assalamu'alaikum..
sebenarnya masalah ini bukan berlaku di malaysia sahaja. Kalau di Jordan, kami menghadapi masalah musim sejuk, dan juga waktu malam yang kadangkala pendek, dan kadangkala panjang. Jadi bangkit subuh gajah ni, jika kita tidak melakukan beberapa persediaan, maka pastinya akan berlaku.
Hakikatnya, bangkit subuh ini adalah bukti cinta kita kepada ALLAH. Kita sebenarnya berperang dengan nafsu hendak tidur, kemalasan, dan kesejukan ketika pagi. Tambahan, syaitan akan berusaha bermati-matian untuk membuatkan kita tidak bangkit.
Justeru, mu'min yang baik akan membuat persediaan.
Jika kita tahu bahawa kita akan bangun lewat jika tidur lewat, maka kenapa kita mesti hendak tidur lewat? Sepatutnya, sebelum tidur lagi, kita sudah berfikir bagaimana aku hendak bangkit subuh esok?
Mu'min yang benar cintanya kepada ALLAH, akan bersedia. Sebelum tidur, dia sudah berniat untuk bangun awal, selain dia menyediakan jam loceng sebagai usaha, dan juga mungkin berpesan kepada rakan untuk mengejutkannya. Jika dia sudah berusaha sedemikian rupa, kemudian ALLAH izin dia tetap terbangun lewat, maka itu barulah bukan kesalahannya. Mungkin hari itu ALLAH hendak memberikan bonus kepadanya. Tetapi kalau sudah sampai berhari-hari asyik subuh gajah, maka dia perlu muhasabah, di manakah silapnya, apakah dosanya terlalu banyak sehingga dia sukar bangun subuh dan sebagainya… Mu'min yang sensitif pasti akan merasa risau dengan keadaannya yang sering bangun lewat, dan akan sentiasa berfikir bagaimana hendak memperbaiki dirinya.
Subuh qada'?
Sebenarnya, qada' solat ini tidak ada jika kita tinggalkannya secara sengaja. Tetapi ramai yang salah faham perkara ini.
Kita tidak boleh, jika terbangun lewat, kemudian menqada' subuh selepas zuhur, melainkanlah, kita terbangun lewat, sehingga waktu zuhur telah masuk. Jika subuh pukul 6.00 pagi, kita terbangun lewat pukul 11.00 pagi(ini situasi malaysia ya.. kalau di Jordan, 11.00 pagi sama dengan 1.30 petang gayanya.. dah dekat Zuhur)… maka kita wajib terus bangun dari katil, pergi mengambil wudhu' dan melaksanakan solat subuh ketika itu juga tanpa melewat-lewatkannya.
Pernah terjadi satu persitiwa,
Abu Hurairah r.a meriwayatkan satu peristiwa yang bermaksud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w ketika pulang menunggang unta dari peperangan khaibar telah merasakan mengantuk sangat, sehingga baginda bersabda: “Wahai Bilal kita telah ditimpa malam”, maka bilal menunaikan solat beberapa rakaat yang terdaya oleh beliau, manakala Rasulu llah s.a.w dan para sahabat terus tidur.
Apabila hampir fajar Bilal menyandarkan badan pada tunggangannya sehingga Bilal tewas dalam mengantuk. Tiada seorang pun dari kalangan sahabat yang terjaga sehinggalah mereka terasa kepanasan matahari. Rasulullah s.a.w adalah yang terawal bangun lalu baginda terkejut. Lantaran Bilal berkata: “Demi ayahku dan ibuku apa yang berlaku pada diriku jualah yang menimpa dirimu wahai Rasulullah”. Kemudian kesemua sahabat bersiap untuk solat. Rasulullah s.a.w berwuduk dan menyuruh Bilal iqamat lalu baginda menunaikan solat fajar dengan mengimami para sahabat.
Apabila selesai menunaikan solat baginda bersabda: “Barang siapa yang melupai solat maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat. Sesungguhnya Allah berfirman yang bermaksud: “ Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.” (Tahaa:14 ), (riwayat Ibn Majah, jld:1, hlm: 227).
Nampak? Mana ada Rasulullah tangguh sampai lepas Zuhur?
Bangun kerana kelas? MasyaALLAH… ALLAH jugalah yang memberikan kita tambahan nyawa untuk hari ini. Kenapa mesti bangun kerana kelas pula? Hidup ini untuk ALLAH, belajar itu pun untuk ALLAH. Maka kenapa kita mesti hendak melupakan subuh yang telah ALLAH syariatkannya menjadi salah satu dari lima solat fardhu kita?
Sebenarnya, kalau sengaja bangun lewat ini(yakni sengaja meninggalkan solat,) maka besar dosanya.
Rasulullah SAW bersabda,
” Barangsiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia telah kafir dengan jelasnya”
setakat itu sahaja daripada saya..
~yg ingin memperingatkan dirinya juga…
Hilal Asyraf
0 comments:
Post a Comment