Alhamdulillah,akhirnya dapat juga baca buku ini.Dulu,masa cari dekat PWTC tak jumpa buku ni,tapi semalam lepas teman Anis tengok Hannah Montana The Movie,singgah kejap dekat MPH Gurney Plaza.Memang niat nak cari buku untuk di baca,dan terjumpa juga buku ini.Alhamdulillah dah habis baca sepanjang perjalanan pulang dari Kulim ke Lenggong.
Ketika di usia muda,Yvonne seorang anak tunggal sangat kesunyian,ditambah dengan kedua ibu bapanya yang sibuk.Apabila merasakan sesuatu yang tidak kena pada dirinya,ibu bapanya hanya memandang ringan simptom-simptom hinggalah suatu ketika telinga bahagian kanannya sudah tidak berfungsi dan fungsi imbangan badannya juga sudah terjejas.Dan dari situ,bermulalah kisah hidup seorang Yvonne yang baru.Berubah dari seorang yang tiada apa-apa,malu dan kurang keyakinan diri,akhirnya menjadi Yvonne yang baru.Mempunyai matlamat hidup,bersikap positif dan sebagainya.Menghidap penyakit Neurofibromatosis,sejenis benign tumor bukanlah pengakhiran hidupnya.Yvonne menulis buku dan menjual T-shirt bagi mencari dana untuk pembedahan-pembedahan seterusnya.Suatu idea yang kreatif dan sangat dipuji!!
Berdasarkan bukunya,tipulah saya tidak marah terhadap seorang doktor muda yang tiada perasaan.Namun,banyak yang dapat dipelajari dari bukunya.At least kita lebih mendalami perasaan seorang yang bernama pesakit.Mungkin dulu kita tidak tahu pentingnya pengenalan diri.Walaupun pesakit boleh tahu nama kita daripada nametag,kan lebih bagus kalau kita perkenalkan diri kita kepada pesakit.Yvonne juga mengingatkan kita pesakit adalah manusia bukannya bahan eksperimen dan sebagainya.Pesakit orang yang sakit,kita perlu memahami perasaannya.
Manusia mudah lupa,kita mungkin jarang atau langsung tak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.Mungkin kita melihat dari segi kebendaan,materialistik semata-mata.Mungkin kita merungut sebab tak banyak baju yang cantik,duit yang kurang dan sebagainya.Tapi pernah tak kita fikir dengan nikmat yang Allah berikan.Kita bernafas tanpa rasa sakit,boleh gerakkan badan ke sana ke mari,boleh makan apa yang kita suka dan sebagainya,boleh berdiri dengan betul,jalan dengan laju,mendengar dan memahami setiap suara sama ada laju atau cepat.Banyak lagi nikmat Allah yang sebenarnya kita lupa untuk bersyukur.Walaupun Yvonne masih muda,dia sedar dengan nikmat yang dia telah hilang.Dan dia membantu kita untuk mengingati semua itu.InsyaAllah,jangan lupa untuk bersyukur.
Bagi saya,walaupun Yvonne menghidap penyakit ini,namun dia boleh dikategorikan antara orang yang beruntung.walaupun kepakaran neurosurgeon di Malaysia agak terbatas,Yvonne berpeluang mendapatkan khidmat pembedahan secara percuma daripada seorang doktor pakar di United State.Ye,sangat beruntung untuk dirinya.InsyaAllah,suatu hari nanti,Malaysia akan punya kepakaran sehebat mereka.Doakan!
Setakat ini,Neurofibromatosis masih belum punya penawarnya.Sejenis penyakit genetik pada kromosom 22(kalau tak silap),menyerang brain dan spine,menganggu pendengaran dan etc.InsyaAllah,suatu hari nanti,penawarnya akan ditemui.Doakan!
4 comments:
hurm.. yyone.. dulu pernah heboh pasal dia.. pernah surf website dia dulu
http://www.yvonnefoong.com/
Salam sejahtera, Ainaa,
Hati saya berasa tenang dan syukur sambil membaca tulisan kamu ini dari dua tahun yang lalu. Tak banyak orang review buku ini dalam Bahasa Malaysia. Terima kasih, Ainaa.
Salam Sejahtera, Ainaa.
Betapa tenang hati saya semasa terbaca tulisan kamu ini dari dua tahun dahulu. Terima kasih, Ainaa. Semoga kamu sihat dan gembira selalu.
Yvonne is very strong person. Person like her will always be blessed.
Post a Comment