Saturday, June 6, 2009

laksa


berikut adalah teknik-teknik untuk membuat kuah laksa daripada tukang masak yang tak reti sangat.InsyaAllah jadi,tapi sila baca bismillah untuk mengelakkan pembaziran sekiranya tidak menjadi

bahan-bahan
  • setengah kati ikan sardin/temenung
  • 2 biji bawang besar
  • cili giling/cili boh
  • 2 batang serai
  • garam secukup rasa
  • beberapa keping asam keping
  • air
  • daun kesom
  • sedikit belacan

cara membuatnya
  1. ikan yang telah dibersihkan akan direbus sehingga masak bersama beberapa keping asam keping dan juga sedikit garam.
  2. setelah siap direbus,asingkan isi dan juga tulang ikan.
  3. isi-isi ikan yang telah diasingkan akan diblendkan,seterusnya masukkan ke dalam periuk.
  4. kemudian blendkan tulang-tulang ikan.Hasil pemBlendan itu akan dimasukkan ke dalam periuk.Sila tapis dahulu untuk mengelakkan serpihan-serpihan tulang bercampur di dalam periuk.
  5. Kemudian blend kan juga 2 biji bawang besar dan masukkan ke dalam periuk
  6. masukkan3 camca besar cili giling atau cili boh(kalau nak pedas,tambah lagi)
  7. Masukkan juga 2 batang serai.
  8. masukkan air lebih kurang 500 ml ke dalam periuk.Kalau pekat,sila tambah air lagi.Dan juga asam keping rebusan ikan tadi juga dimasukkan ke dalam periuk.Masak sehingga mendidih.
  9. Setelah mendidih,masukkan daun kesom(daun yang bubuh masa masak asam pedas tu),sedikit belacan dan juga garam secukup rasa.Akhirnya,siap!
resepi ditulis untuk sahabatnya yang ingin memasak laksa!!InsyaAllah,menjadi=p

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 ainaa ismail. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan