Sunday, January 31, 2010

1 jam pertama=)

Rakaman segmen Motivasi Pagi TV3 bersama Ahmad Fedtri Yahya: Erti Hidup Pada Memberi

“Anta percaya tak kalau ana katakan bahawa 1 jam pertama setiap pagi, adalah penentu kepada keseluruhan hidup kita dalam sehari?” saya berbual dengan seorang teman.


“Percaya. Pengalaman kita semua ke arah itu. Jika mulakan pagi dengan tenang, tertib, elok Solat Subuhnya, elok mood, minda dan fizikal, maka Insya Allah eloklah keadaan diri sepanjang hari” katanya.

“Kalau mulakan hari dengan Subuh Gajah?” saya bergurau.

“Turun minyak naik minyak sahajalah kerjanya. Seperti gajah!” beliau membalas.

Memang benar.

Penting sekali untuk kita mulakan pagi dengan cara yang terbaik. Pada tanggungjawab solat Subuh, berjemaah di masjid atau surau bagi lelaki. Lebih cantik jika didahului dengan Qiamullail. Biar ringkas, asalkan konsisten.

“Jangan ikut falsafah kambing!” saya menokok.

“Macam mana tu?” tanya beliau.

“Anta pernah tengok kambing bangun pagi keluar kandang dan berazam nak jadi kambing yang lebih baik berbanding semalam?” saya menyoal.

“Haha…!” beliau hanya ketawa.
“Kambing bangun pagi, apa yang difikirkannya ialah apa aku nak makan hari ini, di mana aku nak berehat, siapa bini aku hari ini! Itu sahaja…” saya mengulang kenyataan yang sering disebut di dalam ceramah.

“Malang betul, ramai manusia yang memulakan pagi dengan falsafah kambing itu. Malah lebih hebat, bukan setakat hari ini aku nak makan apa, tetapi hari ini aku nak makan siapa!” tambah beliau lagi.

PERMULAAN YANG BAIK

Rakaman segmen Motivasi Pagi TV3 bersama Ahmad Fedtri Yahya: Fitnah – Jadi Gagah, Bukan Rebah
 
Justeru, elok benar kita manfaatkan pagi-pagi kita dengan amalan-amalan baik yang diajar Sunnah, kemudian isikan ia dengan segmen Motivasi Pagi Malaysia Hari Ini di TV3. Sekarang ni, formatnya lebih segar. Bersama saudara Ahmad Fedtri Yahya, motivasi pagi semakin menarik untuk mengiringi sarapan pagi kita bersama keluarga sebelum berangkat ke sekolah dan tempat kerja.

Alhamdulillah, saya menerima undangan untuk mengisi slot Motivasi Pagi di TV3 sebanyak tiga slot. Ketiga-tiganya sudah dirakam dan satu daripadanya sudah disiarkan pada . Berikut adalah tajuk setiap slot dan tarikh siarannya.
  1. RANCANG DAN MENANG: 17 Januari 2010
  2. ERTI HIDUP PADA MEMBERI: 31 Januari 2010
  3. FITNAH – JADI GAGAH, BUKAN REBAH: 20 Februari 2010
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada saudara Ahmad Fedtri Yahya dan kru atas kesudian memberikan ruang untuk saya MEMBERI dan BERKONGSI.
Semoga bermanfaat.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BETUL!!tak tipu la,most of us experience this.cuba satu hari bangun before 6,with qiyam  and then study etc.Ya Allah,memang nikmat waktu itu.tenang sangat!!cumanya kena berjihad akhbar lawan syaitan and selimut.but if bangun after 7 dlm kata lain subuh gajah,hari itu pasti kurang semangat.buatla peracangan rapi pun,pasti tak best.

2 comments:

Miss F said...

I am totally agree with you!! hehhee

Unknown said...

U.N.D.E.N.I.A.B.L.E. F.A.C.T!!!! 200% agree!!

Post a Comment

 
Copyright 2009 ainaa ismail. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan