Friday, May 22, 2009

Nostalgia kanak-kanak


Tadi,saya tengah membaca buku “I am Muslim”oleh Dina Zaman.Betul,tidak dapat dinafikan apa yang dikatakan oleh penulis.Zaman ini,abad ini,ibu bapa bersaing antara satu sama lain,untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.Yang pasti,menghasilkan anak-anak yang seimbang dari segi agama dan juga pengetahuan hidup.Ibu bapa sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk pembelajaran anak-anak.Menghantar kelas mengaji al-quran,menghantar tuisyen,kelas renang dan sebagainya.Ya,mereka mengharapkan anak-anak mereka menjadi yang terbaik,biarpun mereka sanggup berlapar!Itu adalan zaman sekarang.Lihat sahaja bagaimana anak-anak kecil sekarang.Seusia 5 tahun sudah dihantar tuisyen bahasa inggeris dan sebagainya.
Kita dulu macam mana ye?
Nostalgia kanak-kanak
Ye,saya paling ingat,kami sekeluarga menghabiskan masa
kanak-kanak di Kuala Nerang.Tempat kami membesar di kala kecil.Sebelum itu,kami
sekeluarga tinggal di Pekan Kulim.Jika difikirkan,Kulim lebih membangun dan
moden daripada Kuala Nerang.Ingat lagi,di kala itu,darjah 2,kami sekeluarga
berpindah di Kuala Nerang.Zaman kanak-kanak di kawasan itu sangat seronok.
Bermulanya kelas darjah 2 disitu,saya memakai skirt ke
sekolah.Sudah menjadi pakaian harian ketika di Kulim.Namun,apabila di Kuala
Nerang,boleh bilang berapa orang yang pakai skirt.Berapa orang yang tidak
bertudung di sekolah itu.Justeru,seawal darjah 3,baju kurung dan tudung adalah
pakaian rasmi ke sekolah.Ingat!!Sekolah.Dan setibanya ke rumah,tudung bukan lagi
pakaian utama.Dan selepas darjah 6 tudung,baju tangan panjang,seluar adalah
wajib sebelum keluar rumah.Kenapa?Sebab kawan-kawan buat macam tu=p
Dan ketika kecil,saya dan sahabat akan berebut untuk sampai
ke tempat mengaji lebih awal.Siapa sampai awal,boleh belajar mengaji awal.Lepas
tu boleh balik rumah cepat.Kadang-kadang lepas azan Maghrib je,terus kayuh
basikal pergi tempat mengaji al-Quran.Sampai pernah kena marah dengan guru
mengaji al-quran sebab tak solah maghrib.Belajar dekat situ sangat seronok,sebab
lepas belajar,makan aiskrim 10 sen,kemudian kayuh basikal,balik rumah
sama-sama.Semuanya terpengaruh dengan kawan-kawan.
Owh yeah,masa darjah 6 ada juga masuk kelas tuisyen.Itupun
sebab ramai kawan-kawan pergi tuisyen tempat itu.Mak dan abah tidak pernah
suruh.Yuran tuisyen sebulan Rm20,sangat murah jika dibandingkan zaman
sekarang.Sangatlah mahal,tapi tak nampak pun peningkatan dalam
pembelajaran.Dulu,cikgu mengajar tuisyen dengan ikhlas,sebab nak tolong
budak-budak kampung.Memberikan tips-tips.Kalau buat ujian spelling,dapat full
mark,akan dapat bintang.Buda-budak kalau dapat bintang,macam dapat sejuta
je.
Petang-petang,selepas habis sekolah,kami semua akan bermain
di kawasan hadapan rumah.Budak lelaki akan main bola dekat kawasan hadapan
rumah(kawasan perumahan tiada padang),manakala budak perempuan akan kayuh
basikal,main zero point,atau batu seremban.Paling tak pun,akan tengok adik-adik
main!
Yeah,itu semua kenangan di zaman kanak-kanak.Zaman tiada persaingan,zaman gelak ketawa,zaman tiada stress(paling menarik).
Macam mana nostalgia kalian?

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 ainaa ismail. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan