Thursday, May 28, 2009

cheese cake

this is my home made cheese cake

buat dah lama dulu,hari ni rasa takde kerja,
conteng-conteng

Wednesday, May 27, 2009

tua,dewasa

menjadi tua itu suatu kemestian,
mejadi dewasa suatu pilihan
setiap hari,umur akan sentiasa meningkat,meninggalkan kita pada masa dahulu.Ye,kita semua akan meningkat usia hinggalah menjadi tua.Namun,umur yang meningkat belum pasti kita sudah dewasa.Dewasa dari pemikiran,dewasa dari pengalaman hidup.Kita yang memilih alam kedewasaan itu.Adakah pemikiran,sikap kita ke arah dewasa ataupun masih ditapuk kebudak-budakkan.Itu semua berada ditangan kita.Dan itu semestinya pilihan kita,setiap manusia

Monday, May 25, 2009

perancangan kewangan

tadi,saya mencari-cari di alam maya mengenai tips-tips perancangan kewangan untuk masa hadapan(mana ada masa dahulu).Antara yang menarik perhatian adalah seperti berikut:-

wah!!!if u read that page,rasa macam tak nak kawin je.mahal gila!!!

ini sangat efektif,boleh bermula dari sekarang.Jom!

harga kereta setiap tahun makin lama makin menurun.Minyak,Nak mantain lagi,kadang-kadang lebih mahal dari perbelanjaan untuk diri sendiri.Kan bagus kalau Malaysia ada byk public transport.Bukan sejam satu macam dekat lenggong.Tapi lagi baik setiap 30 minit di kubang kerian.Tetapi tak ramai yang nak naik public transport.No wonder syarikat bas penang bankrup,sampai rapid penang takeover=(

walaupun tak berapa faham,tapi lebih baik beli rumah dari beli kereta.Sebab?Sebab harga rumah akan naik setiap tahun,insyaAllah.Plus,rumah buatan dulu lagi besar dari buatan sekarang=p

ini paling bagus!!!!!

ini bagus juga,Ikut nasihat Nabi Yusuf=p

[selamat mencuba]

Sunday, May 24, 2009

step,confidence,change

once u make the first step,the change is begin

don't forget your confidence!

Saturday, May 23, 2009

booooooooooo boooooooooooooo

im bored!!

very booooooooooo0oooosan

p/s:tv,buku,dapur,what else nak buat?serius booo000san

Friday, May 22, 2009

Nostalgia kanak-kanak


Tadi,saya tengah membaca buku “I am Muslim”oleh Dina Zaman.Betul,tidak dapat dinafikan apa yang dikatakan oleh penulis.Zaman ini,abad ini,ibu bapa bersaing antara satu sama lain,untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.Yang pasti,menghasilkan anak-anak yang seimbang dari segi agama dan juga pengetahuan hidup.Ibu bapa sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk pembelajaran anak-anak.Menghantar kelas mengaji al-quran,menghantar tuisyen,kelas renang dan sebagainya.Ya,mereka mengharapkan anak-anak mereka menjadi yang terbaik,biarpun mereka sanggup berlapar!Itu adalan zaman sekarang.Lihat sahaja bagaimana anak-anak kecil sekarang.Seusia 5 tahun sudah dihantar tuisyen bahasa inggeris dan sebagainya.
Kita dulu macam mana ye?
Nostalgia kanak-kanak
Ye,saya paling ingat,kami sekeluarga menghabiskan masa
kanak-kanak di Kuala Nerang.Tempat kami membesar di kala kecil.Sebelum itu,kami
sekeluarga tinggal di Pekan Kulim.Jika difikirkan,Kulim lebih membangun dan
moden daripada Kuala Nerang.Ingat lagi,di kala itu,darjah 2,kami sekeluarga
berpindah di Kuala Nerang.Zaman kanak-kanak di kawasan itu sangat seronok.
Bermulanya kelas darjah 2 disitu,saya memakai skirt ke
sekolah.Sudah menjadi pakaian harian ketika di Kulim.Namun,apabila di Kuala
Nerang,boleh bilang berapa orang yang pakai skirt.Berapa orang yang tidak
bertudung di sekolah itu.Justeru,seawal darjah 3,baju kurung dan tudung adalah
pakaian rasmi ke sekolah.Ingat!!Sekolah.Dan setibanya ke rumah,tudung bukan lagi
pakaian utama.Dan selepas darjah 6 tudung,baju tangan panjang,seluar adalah
wajib sebelum keluar rumah.Kenapa?Sebab kawan-kawan buat macam tu=p
Dan ketika kecil,saya dan sahabat akan berebut untuk sampai
ke tempat mengaji lebih awal.Siapa sampai awal,boleh belajar mengaji awal.Lepas
tu boleh balik rumah cepat.Kadang-kadang lepas azan Maghrib je,terus kayuh
basikal pergi tempat mengaji al-Quran.Sampai pernah kena marah dengan guru
mengaji al-quran sebab tak solah maghrib.Belajar dekat situ sangat seronok,sebab
lepas belajar,makan aiskrim 10 sen,kemudian kayuh basikal,balik rumah
sama-sama.Semuanya terpengaruh dengan kawan-kawan.
Owh yeah,masa darjah 6 ada juga masuk kelas tuisyen.Itupun
sebab ramai kawan-kawan pergi tuisyen tempat itu.Mak dan abah tidak pernah
suruh.Yuran tuisyen sebulan Rm20,sangat murah jika dibandingkan zaman
sekarang.Sangatlah mahal,tapi tak nampak pun peningkatan dalam
pembelajaran.Dulu,cikgu mengajar tuisyen dengan ikhlas,sebab nak tolong
budak-budak kampung.Memberikan tips-tips.Kalau buat ujian spelling,dapat full
mark,akan dapat bintang.Buda-budak kalau dapat bintang,macam dapat sejuta
je.
Petang-petang,selepas habis sekolah,kami semua akan bermain
di kawasan hadapan rumah.Budak lelaki akan main bola dekat kawasan hadapan
rumah(kawasan perumahan tiada padang),manakala budak perempuan akan kayuh
basikal,main zero point,atau batu seremban.Paling tak pun,akan tengok adik-adik
main!
Yeah,itu semua kenangan di zaman kanak-kanak.Zaman tiada persaingan,zaman gelak ketawa,zaman tiada stress(paling menarik).
Macam mana nostalgia kalian?

new american idol*woot woot*


No Boundaries - Kris Allen

im not the american idol fan,

but i do love kris allen,

he is adorable,

he has beard,*sexy ok*

ahaks!

Wednesday, May 20, 2009

melaka trip-1

di hadapan kolej politeknik mara,melaka

Banyak tempat menarik di melaka.Tapi satu pun tak berkesempatan nak melawat(memberontak!)
p/s:owh,next time alia akan balik ke manipal college,and hopefully by the time i go there,fiqa,awak dah habis exam la!!!!

Tuesday, May 19, 2009

lasagna in the making

Hari ni teringin nak makan lasagna setelah ternampak mak mengeluarkan daging cincang tadi.Menyesal pulak tak khatam ilmu betul-betul dari syira hari tu.Justeru,saya pun cari resepi dekat internet,dan saya jumpa ini.Wow!!sangat sistematik.Click here
Tapi macam pelik,syira ajar guna susu,tapi kenapa takde susu pun.*wonder*
ok,i want to try!!bye=p

Monday, May 18, 2009

RASA ALAM


Pameran RASA ALAM UKM 2009
13 Mei-12 Jun 2009
9.30 pagi-4.30 petang
Anjung Seni,Aras 2
DECTAR UKM





manusia terlalu ghairah mencantikkan wajah,
tetapi terlupa mengindahkan hati

Friday, May 8, 2009

fluoride~

[fluoride,fluoride,fluoride]
read this

Monday, May 4, 2009

-lalalala-

sungai perak
[thanks]
see you again

 
Copyright 2009 ainaa ismail. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan