Wednesday, December 31, 2008

antara suka dan duka

anis dan pesaingnya,kai yee

Disebalik kegembiraan keputusan peperiksaan PMR,ada perkara sedih yang disampaikan Anis.Seperti sedia maklum,Anis dan rakan-rakannya hanya bersekolah di kawasan hulu perak yang rata-rata penduduk bekerja sebagai penoreh getah dan nelayan ikan air tawar.Apa yang menyedihkan terdapat sebilangan rakan-rakan Anis yang terkandas dalam peperiksaan tersebut.Kebanyakannya adalah kertas yang melibatkan bahasa inggeris seperti matematik,english dan juga sains.Bagi remaja di kawasan luar bandar,mereka hanya mengharapkan ihsan daripada guru-guru yang sukarela membuat kelas tambahan untuk mengajar mereka selain kelas harian.Jika ada guru yang membuat,pelbagai bekalan dikirimkan oleh ibubapa pelajar tersebut,walaupun hanyala ikan segar atau sedikit kuih.Ibu bapa sangat menghargai jasa yang diberikan oleh guru,dan mereka sangat menghargai guru seperti itu.Mereka sanggup buat apa sahaja untuk membantu guru tersebut kerana mereka sememangnya tidak mampu membayar yuran kelas tambahan yang sangat mahal.Pernah seorang bapa pergi menjala ikan hanya kerana guru tersebut ingin menjamu keluarganya.

Kesiannya,hanya kerana lemah dalam penguasaan bahasa,mereka tidak dapat menyambung pengajian dan sebagainya.=(

Pada zaman ibu bapa kita,walaupun medium pembelajaran dalam bahasa inggeris,mereka masih mampu menyambung pelajaran kerana kurang pesaingan.Kata mak,dulu kalau ada orang dapat masuk universiti,kecoh satu kampung.Tapi kalau sekarang orang tengok biasa je.Persaingan di zaman dahulu dan sekarang sangat berbeza.

Kesiannya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
p/s;kita ni peluang dah ada,gunaje tak nak=(

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 ainaa ismail. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan