Sunday, October 12, 2008

Nikmat: Gembira vs Sedih

Hadiah buat hati. Bila nikmat kegembiraan dipulangkan semula oleh Dia.. alhamdulillah
Kadangkala, ujian bukanlah sekadar tarbiyah untuk kita mengenali hakikat sabar dan husnuzzon dgn takdir Allah. tetapi sebenarnya, Allah ingin mengajar kita supaya mengenali nikmat gembira. Ada manusia yang sentiasa hidup gembira, hingga terlupa untuk mensyukurinya di atas keterbiasaannya dalam menerima nikmat gembira dari Allah. Sepanjang hidup yang gembira, berhak untuk Allah campakkan sedetik masa dengan musibah buat hati merasa sedih, resah, gundah gulana.
Tetapi, Rasulullah ada menyatakan:
"kepelikan orang mu’min itu, tersenyum bila mendapat nikmat, dan tersenyum juga bila mendapat musibah"

Memang benar, fitrah. Hati merasa sedih, ingin menangis, ingin meratap, merayu dan sebagainya. Tetapi, bukankah kita ingin menjadi ‘mukmin’ yang Rasulullah highlightkan dalam hadith baginda? Justeru, tersenyumkah kita tatkala menjemput kehadiran musibah? atau menyambutnya dengan ratap tangis?

Terhentikah pelayaran bahtera dakwah apabila ditambah kerosakan pada layarnya? Tidak sama sekali. Berpuluh-puluh yang datang, bukan sekadar mengganti layar, tetapi menambah enjin pada bahtera, supaya dapat bergerak lebih laju, lebih efektif, lebih efisyen. Begitu juga kita. Terhentikah risalah dakwah yang kita agung-agungkan selama ini, bila musibah dan ujian datang menimpa? Bukankah ini peluangnya untuk kita melancarkan lagi perjalanannya? Mujahadah yang menabahkan hati, mencekalkan jiwa, mampu menjadi faktor pembakar semangat dan penyegar azam baru untuk bergerak lebih laju dalam bahtera dakwah. Kalau dulu kita hanya jadi tukang cuci bahtera, himmah aliyah menjemput kita melangkah laju ke depan untuk menjadi pengemudi bahtera.

Sabarkah kita dalam menanggung musibah yang Allah takdirkan untuk kita menghadapinya. Benar, kadangkala kita sendiri takut untuk menghadapinya, tetapi.. telah Allah nyatakan:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (2:286)

Ya, sememangnya Allah Tahu! musibah dan ujian ini mampu kita tanggung. Tiada apa yang perlu kita takutkan melainkan takut pada murka dan azabNya. Terus melangkah berani selayaknya Saidina Umar.. Innallaha ma’ana! (sesungguhnya Allah bersama kita)

Kalau dulu kita sudah lali dgn nikmat gembira, kita sendiri tidak terasa lagi sebenar-benar rasa nikmat tatkala dicampakkan rasa gembira. Tetapi, bila hati diuji bertalu-talu, bila rasa payah dan resah menyeliputi.. Indahnya ‘gembira’ yang Allah campakkan. Tersenyum tak sudah atas nikmat yang dihadiahkan. Namun setelahnya, kita belajar.. untuk berhati-hati ketika gembira. Bukan hanya gembira yang ada dalam perancangan kehidupan dunia. Sesekali ujian kan datang semula menyinggah. Memeriksa khabar hati yang sekian lama tersenyum kerana gembira. Ujian kan datang lagi.. untuk melihat, tersenyumkah juga hati kita tika menyambutnya? Sungguh, ini tarbiyah kehidupan: tersenyum pada musibah, menyambutnya dengan 100% husnuzzon pada Allah.

Ratap tangis dan lemahnya manusia yang menanggung Islam takkan mencalarkan perjalanan risalahnya, kerana ratap dan tangisnya hanya ketika bersama Allah, dihadapanNya, di atas sejadah.

Doa Rasulullah di dalam satu hadith baginda:
Wahai Tuhanku, aku bermohon kepadaMu rasa takut kepadaMu di dalam rahsia dan terang, aku bermohon kepadaMu perkataan yang benar di waktu marah dan redha, dan aku bermohon kepadaMu bersikap sederhana di waktu fakir dan kaya.

wallahualam, semoga hati-hati ini terus cekal, tabah.. bukan sahaja dengan kekuatan mujahadah, tetapi kerana kekuatan ikatan ukhuwah islamiyah..
copy from:

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 ainaa ismail. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan