Friday, September 5, 2008

masa

orang cakap,buat kerja dulu baru buat benda lain...

hmm...betul!baru plan nak study,then surf internet dulu..almost one hour plus!!

then,my big bro said,"ena,let's go"

bila nak study nye makcik oit!!!!!!!!!!!!!

p/s:kecewa dengan diri sendiri

Wednesday, September 3, 2008

Chorioamnionitis and PPROM

chorioamnionitis

What it is Chorioamnionitis?

It is inflammation of the chorion and amnion. It happens due to the bacterial infections to the amniotic fluid, fetal membrane, placenta and/or uterus. It is now believed that chorioamnionitis is a cause of preterm premature rupture of membranes (PPROM) and/or preterm labor (PTL)

How it happened?

The most common route of intrauterine infection is ascending bacteria from the lower genital tract. This occurs most commonly in the presence of rupture of membranes, but is also possible with intact membranes. Chorioamnionitis is usually polymicrobial and in a majority of cases is caused by a combination of anaerobic and aerobic organisms.

Common pathogens involve in genital tract infections are:
1. Gardnerella vaginalis
2. Ureaplasma urealyticum
3. Bacteroides bivius
4. group A, B, and D streptococci
5. Escherichia coli

Other routes of infection include hematogenous (blood borne) or transplacental infection, retrograde infection from the pelvis, and transuterine infection caused by medical procedures, such as amniocentesis and chorionic villus sampling (CVS)

Once they have colonized the uterine cavity, bacteria can not only infect the fetus but also can release endotoxins. The bacterial endotoxins trigger a release of cytokines in maternal and fetal tissue that leads to a release of additional cytokines, leukocyte migration, and then prostaglandin release from the myometrium and fetal membranes.This prostaglandin release, which can lead to rupture of the fetal membranes and/or to the initiation of uterine contractions, is believed to be the mechanism (or one of the mechanisms) of preterm premature rupture of membranes and preterm labor.

risk factors
  1. premature labor
  2. prolonged rupture of membranes
  3. digital vaginal exam
  4. fetal scalp electrodes
  5. urogenital infections
  6. maternal chronic disease, maternal nutritional status, and emotional stress

Diagnosis

  1. presence of maternal fever of more than 38°C (100.4°F)
  2. maternal tachycardia (≥100-120 bpm)
  3. fetal tachycardia (≥160 bpm)
  4. uterine tenderness
  5. purulent or foul-smelling amniotic fluid
  6. maternal leukocytosis (>15,000-18,000 cells/mm)

maternal complications

  1. bacteremia
  2. labor abnormalities
  3. increased need for oxytocin
  4. increased risk of cesarean birth.
  5. increases the risk of postpartum hemorrhage
  6. postpartum endometritis

Fetal/Neonatal Complications

  1. sepsis
  2. pneumonia
  3. respiratory distress
  4. death

treatment

  1. Intrapartum antibiotic therapy
  2. Intrapartum antipyretic administration

references:http://www.medscape.com/viewarticle/573988_print

bersyukur


alhamdulillah


bersyukur atas segala yang dikurniakan.Sama ada yang kita nak,atau bukan sesuatu yang kita harapkan.bila kita tak dapat apa yang kita nak,kita faham apa itu erti sabar,dan sabar itu besar nikmatnya.Jadi bersyukur la atas apa yang berlaku


p/s: moga diberi kekuatan diri untuk terus bersabar.

mereka mengajarku apa itu erti kehidupan yang sebenar

kmpk 04/05

immunology of pregnancy

immunology of pregnancy


kita semua tahu kalau satu benda yang bukan dari badan kita,badan kita akan hasilkan antibodi ke atas benda tersebut sebagai protection.hmm,Allah tu Maha Berkuasa,segala ciptaannya takda satu pun yang pelik.kalau kita fikir secara logik,sperma adalah satu benda asing bagi seseorang wanita,tapi Allah takdirkan untuk sperma survive dalam badan wanita dan akhirnya terbentuklah seorang bayi di dalam perut wanita tersebut.Let say Allah takdirkan sperma tak boleh survive,hmm mesti cucu cicit Nabi Adam tak bertambah-tambah kan.

vagina adalah pintu masuk kepada sperm.untuk sperm survive,sperm dilindungi oleh satu bahan yang menghalang di bunuh oleh sistem pertahanan badan.Pastu vagina ni kira baik sketla,sperm menyebabkan immune response tak diaktifkan walaupun vagina ni ada banyak tisu lymphocyte dan antibodi IgA and IgG.(dalam kata lain la,sperm tu mcm seorang lelaki nak gi jumpa bakal mentua la,sebelum sperm nak p umah bakal mentua,dia dah ada kelengkapan sendiri sebagai persediaan diserang bakal bapak mentua.Tapi si mak mentua ni baik sket,dia tak kisah pun dekat sperm,dia siap bagi sperm masuk lagi sebab tu dia tak aktifkan immediate immune response =P sesi mengarut bermula)

ok,bila sperm ngan ovum dah kawin,nanti akan dapat anak.nama anak tu adalah fetus.oleh sebab si bapak ovum tak suka dekat sperm,dia pun tak suka jugalah dekat fetus,sebab dia cakap sperm dengan fetus bukan dari keturunan dia.(sperm ada paternal antigen,and fetus is also the feorign body to the mother).Bini manalah tak sayangkan suami ngan anak.so untuk dia tak nak bagi si bapak ni membunuh suami and anak dia,si bini ni memang bekerja keras la untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.hehehehe.

apa yang si bini ni buat?

1. membayar pekerja bapanya(TH1) supaya tak payah buat kerja dengan membayar upah iaitu progesterone.
  • progesterone produced by the trophoblast will inhibit cell mediated immuned response which is mainly TH1.

2.mempunyai sistem pertahanan diri(trophoblast) yang kuat

  • trophoblast act as physical barrier,weak antigenicity,produce sialic acid,fibrinogen and progesterone

3.tidak mengaktifkan handphone(HLA) supaya tidak dapat dikesan oleh si bapak

  • HLA adalah satu protein yang akan menyebabkan activation of cytotoxic acivity ke atas fetus.so bila HLA takde,selamatla si fetus tu.

hahahahahahhahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,ada banyak lagi!!!!!!!!!!!!!!!!

takmau,surrender nak buat cerita dah.baca nota sendiri la yea,tak larat nak merepek wat cerita =P

Tuesday, September 2, 2008

Ummi, Aisyah Gagal Exam...

Ummi, Aisyah Gagal Exam...
www.iluvislam.com
oleh : ummukhadijah


“Kring…kring..kring…”aku bergegas mengangkat telefon. Seusai mengangkat telefon, kedengaran suara anak sulungku, Aisyah di talian teresak-esak menangis. “Ummi, Aisyah sedih,” katanya. Kaget aku seketika. Kenapa dengan anakku ini, setahu aku, Aisyah seorang yang sangat susah untuk menangis. “Aisyah, boleh ummi tahu kenapa Aisyah menangis tiba-tiba ni? Ada sesuatu yang buruk terjadi ke?” aku bertanya.


“Ummi, hari tu Aisyah ada cerita kan pasal exam Aisyah yang susah. Aisyah ‘fail’ ummi.” Serentak dengan itu, makin kuat esakannya. “Aisyah , tidak mengapa, sabar Aisyah, ummi tahu, Aisyah dah berikan yang terbaik. Allah pun tahu Aisyah dah usaha sungguh-sungguh untuk paper Aisyah yang satu ni,” pujukku.


“Ummi, Aisyah sedih. Kawan Aisyah banyak yang lepas ummi, Aisyah seorang saja yang tersangkut ummi,” katanya dalam sedu sedannya. “Aisyah, sabar sayang, banyakkan istighfar, nak.” Pilu hatiku mendengar esak tangisnya. Teringat aku pada peristiwa yang sama yang pernah terjadi padaku dua puluh lima tahun yang lalu. “Aisyah, tidak mengapa, gagal sekali ni bukan bermaksud gagal selama-lamanya. Aisyah masih ada peluang nak baiki mana yang silap, yakinkan mana yang ragu, sebab Aisyah masih belajar. Nanti Aisyah masih ada peluang untuk ulang semula paper ni kan?” soalku.


“Ummi, tak sama ulang semula dengan tak perlu ulang semula. Aisyah malu.” “Aisyah, malu yang diajar islam bukan begitu caranya. Kita perlu malu kalau kita buat salah dengan Allah, tak ikut apa yang Allah suruh buat, buat apa yang Allah larang. Lulus atau gagal ini letaknya di tangan Allah, Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Allah tak kisah kalau kita gagal atau lulus, tapi Allah kira usaha yang kita buat untuk jawab soalan kita,belajar, berdoa, itu semua termasuk dalam nilaian Allah. Lepas tu, keputusan itu di tangan Allah, dan kita sebagai umat islam diajar untuk redha dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita selepas kita dah berusaha dan bertawakal.


Sepatutnya Aisyah, kita kena rasa malu kalau kita tak percaya dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita,” nasihatku. “Tapi ummi, perit sungguh rasa ni. Ummi, kenapa Aisyah ummi..Aisyah rasa tak cukup kuat pun nak hadapi ujian Allah ni,” esaknya. “Aisyah, manusia ni pertimbangannya tak jauh. Ilmunya terhad, tak pernah sama dengan ilmu Allah. Yakinlah Aisyah, kalaupun Aisyah tak nampak, bahawa ini adalah yang terbaik untuk Aisyah. Jangan cakap seperti itu nak, itu tanda orang putus asa, Allah tak suka orang yang berputus asa,” pesanku. “Aisyah, ingat tak ayat Quran yang ummi ajar Aisyah baca setiap pagi.. “Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya….” (Al-Baqarah : 286)


“Aisyah, dalam ayat ni, Allah dengan jelasnya beritahu bahawa dia tidak akan uji kita kalau kita tak mampu. Ini kata-kata Allah Aisyah, yang tiada ragunya, yang sentiasa benar dari dulu hingga kini, kata-kata dari pencipta kita.,” katanya.


“Ummi, Aisyah tahu….tapi, susahnya ummi nak terima hakikat ni,” katanya. “Aisyah sayang, ini barulah apa yang kita katakan praktikal dari apa yang kita belajar selama ini. Kalau dulu, ummi asyik ajar Aisyah teori bersabar, inilah waktunya bila mana Aisyah kena praktikkan sabar itu. Ummi tahu, ia memang manis dan sedap untuk diucapkan, tetapi hakikatnya susah untuk dilakukan. Sebab tu orang yang banyak bersabar ni ganjarannya tinggi di sisi Allah.”


“Aisyah, cuba kita tengok kisah Rasulullah dulu. Sayang Allah padanya, Allah uji dengan pelbagai ujian, Allah uji dengan kaum Mekah yang tidak jemu-jemu menentangnya, Allah uji dengan perginya orang-orang yang tersayang ketika baginda sangat-sangat memerlukannya, Allah uji dengan macam-macam lagi bentuk ujian. Allah tak bagi Rasulullah kemenangan dengan mudah, kerana Allah nak ajar Rasulullah s.a.w. dan umatnya bersabar itu bagaimana. Sabarlah Aisyah, Allah sayang padamu, sebab tu Allah uji dengan ujian sebegini rupa, sebab Allah nak Aisyah lagi dekat padaNya, Allah nak bagi peluang dekat Aisyah tambah pahala berlipat ganda dengan banyak-banyak bersabar.”


“Aisyah, kadang-kadang, gagal inilah yang akan memacu kita untuk lebih berjaya. Bersyukurlah sayangku, sebab Allah tunjuk kelemahan kita sejak dari mula lagi, Allah bagi kita peluang untuk baiki segala kesilapan kita dari awal supaya kita berjaya dengan cemerlang kelak. Allah ajar kita untuk pandai bahagikan masa antara kerja persatuan dan pelajaran, sebagai langkah awal sebelum menempuh alam rumahtangga yang pastinya lebih mencabar kelak.”


“Ummi, Aisyah rasa Aisyah dah bagi yang terbaik ummi,”katanya. “Aisyah, sebab tu ummi kata, pengetahuan manusia ni terhad. Kita sukar untuk nampak hikmah di sebalik sesuatu peristiwa. Mungkin apa yang Allah nak didik Aisyah ialah kemenangan dan kejayaan kita bukan terletak pada banyak mananya usaha yang telah kita buat, tapi pada rahmat dan kekuasaan Allah.” “Aisyah ingat tak kisah perang Hunain di mana bilangan umat islam yang ramai tidak menjamin kejayaan mereka. Kenapa agaknya Aisyah?” tanyaku.


“Kenapa ummi?” tanyanya berminat.


“Kerana bilangan yang ramai itu telah menyebabkan mereka lupa untuk bergantung penuh pada Allah, mereka merasa mereka kuat dengan tentera yang banyak, walhal kemenangan itu terletak pada tangan Allah. “Samalah dengan usaha kita yang banyak. Usaha itu diibaratkan sebagai pancing untuk meraih rahmat dan redha Allah yang akan menentukan kejayaan atau kemenangan kita kelak.” ceritaku.


“Ummi, Aisyah rasa Allah nak ajar Aisyah untuk jadi hamba Allah yang betul-betul hamba, tanpa ada secebis pun rasa aku hebat dalam diri. Mungkin benar apa yang ummi cakap, sebab sebelum ni Aisyah kan sentiasa senang, cemerlang dalam segala-galanya. Nombor satu dalam kelas perkara biasa, semua ‘A’, pelajar terbaik sekolah sampai mungkin Aisyah terlupa untuk mengembalikan rasa syukur itu kembali kepada Allah,” jawabnya.


“Alhamdulillah, itulah yang ummi cuba sampaikan. Itulah yang dinamakan ujian dalam nikmat, yang mana kita selalu terlupa, bak Qarun yang terlupa untuk ingat Allah dengan banyaknya harta yang dimiliki.” kataku.


“Nauzubillah ummi, Aisyah tak nak jadi macam tu ummi.” katanya.


“Begitulah sayang, Allah suruh ambil pengajaran dari kisah-kisah terdahulu,” nasihatku.


“Terima kasih ummi, Aisyah rindulah nak jumpa ummi. Baiklah ummi, Aisyah akan usaha sungguh-sungguh lepas ni dan berdoa dan berharap betul-betul pada Allah.” janjinya.


“Alhamdulillah nak, kita kembalikan semuanya kepada Allah,” tambahku. “Baiklah ummi, azan dah berkumandang tu, Aisyah solat dulu. Terima kasih lagi sekali, my dearest ummi.” katanya.


“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ummi,” katanya menutu bicara.


“Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, anakku,” balasku. Gagang telefon kuletak perlahan. Tanpa kusedari, air mataku bergenang, teringat perbualanku dengan ummiku 25 tahun yang dulu, yang nasihat dan perangsangnya telah banyak membantuku menjadi seorang doctor pada hari ni. Ummi, Ana rindu ummi juga…

p/s:cerpen ini memang sangat menyentuh hati.dan memang sangat terasa pada diri sendiri.


 
Copyright 2009 ainaa ismail. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan